Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Negeri terbesar Australia, New South Wales, lapor kes koronavirus tempatan pertama sejak hujung Mei

Jun 13, 2020 | 05:56 PM

SYDNEY: Negeri paling besar di Australia, New South Wales, pada Sabtu (13 Jun) melaporkan kes Covid-19 tempatan pertamanya sejak hujung Mei, satu tanda bahawa ancaman daripada wabak itu masih belum berakhir sedang sekatan jarak sosial terus dilonggarkan.


Negeri itu mencatatkan empat kes koronavirus baru semalaman, menjadikan jumlah jangkitan di Australia hampir 7,300.


Kes tempatan itu melibatkan seorang lelaki berusia 20-an tahun, dan menurut pihak berkuasa kesihatan, beliau tidak menyertai mana-mana tunjuk perasaan Black Lives Matter di Sydney baru-baru ini.


"Virus ini kemungkinan masih menular dalam masyarakat. Mereka yang mempunyai simptom ringan atau tidak ada simptom yang jelas boleh secara tidak sengaja menyebarkan jangkitan itu kepada orang lain," kata NSW Health.


Dua daripada empat kes baru itu melibatkan pengunjung yang memang sedang dikuarantin di hotel, manakala satu kes berkait dengan jangkitan yang dilaporkan sebelum ini di sebuah sekolah awam.


Australia sejauh ini berjaya membendung penyebaran koronavirus itu, dengan banyak bahagian di negara itu berkata telah berjaya menghapuskan penyakit tersebut.


Negara itu telah melaporkan 102 kematian dan berada di landasan untuk membuka semula ekonominya menjelang bulan depan. - Reuters.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >