Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Netanyahu beri bayangan setuju rundingan baru bersama Hamas

Rundingan dengan pengantaraan Qatar dijalan
susulan kematian tebusan Israel
Dec 17, 2023 | 04:15 PM



BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, dilaporkan mengesahkan pada 16 Disember bahawa perundingan baru dengan pengantaraan Qatar sedang dijalankan untuk mendapatkan semula tebusan yang ditahan oleh Hamas di Gaza.


Ini setelah satu sumber berkata perunding utama Israel bertemu dengan Perdana Menteri Qatar.

Encik Netanyahu tidak menjawab secara langsung soalan pada sidang akhbar mengenai pertemuan pada 15 Disember di Eropah antara perunding utamanya, ketua Mossad, Encik David Barnea, dan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan telah memberi arahan kepada pasukan perunding.

“Kami mempunyai kritikan serius terhadap Qatar, yang saya rasa anda akan mendengarnya dalam masa terdekat, tetapi sekarang kami sedang cuba menyelesaikan usaha menyelamatkan tebusan kami,” katanya, merujuk kepada hubungan Qatar dengan Hamas dan musuh ketat Israel – Iran.

Berita mengenai rundingan pusingan baru, kali pertama dilaporkan oleh Axios, selepas tentera Israel mendedahkan bahawa mereka dengan secara tidak sengaja membunuh tiga tebusan yang menghampiri mereka dengan bendera putih selepas melarikan diri daripada penculik mereka di Gaza pada 15 Disember.

Perang Gaza, yang dicetuskan oleh pembunuhan dan penculikan Hamas yang mengejutkan di selatan Israel pada 7 Oktober, telah menggegarkan kuasa serantau dan dunia sedang jumlah korban awam Palestin semakin meningkat.

Sambil berikrar untuk memusnahkan Hamas, Israel juga berusaha mendapatkan semula tebusan yang dipegang oleh kumpulan Islamis yang disokong Iran.

Encik Netanyahu berikrar untuk mengekalkan tekanan tentera yang sengit ke atas Hamas di Gaza.

“Arahan yang saya berikan kepada pasukan perunding adalah berdasarkan tekanan ini, tanpanya kami tidak mempunyai apa-apa,” katanya.

Encik Barnea bertemu Sheikh Al-Thani di Eropah pada 15 Disember, seorang pengantara utama dalam konflik di Gaza, sumber memberitahu Reuters, manakala sumber dari Mesir mencadangkan Israel kelihatan lebih terbuka kepada perjanjian baru dengan Hamas.

Qatar dan Mesir ialah pengantara untuk Israel dan Hamas dalam perjanjian yang membawa kepada gencatan senjata selama seminggu pada akhir November apabila Hamas membebaskan lebih daripada 100 wanita, kanak-kanak dan warga asing yang ditahannya sebagai pertukaran untuk 240 wanita dan remaja Palestin yang dibebaskan daripada penjara Israel.


Israel percaya bahawa seramai 20 atau lebih daripada 130 tebusan yang masih ditahan di Gaza telah mati.

Keluarga tebusan mengadakan perhimpunan pada 16 Disember, menuntut Israel mempertimbangkan untuk membebaskan militan kanan Palestin daripada penjara dalam sebarang perjanjian pertukaran baru.

“Pemerintah Israel perlu aktif. Mereka perlu meletakkan tawaran, termasuk banduan. Mereka perlu meletakkan tawaran terbaik untuk mendapatkan tebusan kembali hidup,” kata Encik Ruby Chen, bapa kepada tebusan, Itay, 19 tahun.

“Kami tidak mahu mereka kembali dalam beg (mayat).”

Pemimpin Hamas dalam buangan, Encik Osama Hamdan, berkata ia akan membebaskan tentera yang ditawan di Gaza hanya apabila “seluruh pencerobohan dihentikan”.

Beliau berkata perkara itu perlu berlaku melalui perjanjian yang dirundingkan “mengikut syarat yang ditetapkan oleh penentangan”.

Dalam usaha nyata untuk mempengaruhi pendapat umum Israel, Hamas juga mengeluarkan video yang menunjukkan tebusan yang dibunuh dan berakhir dengan amaran dalam bahasa Ibrani: “Masa semakin suntuk.” – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >