Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tempoh reda perang: Utusan AS beri bayangan tidak setuju dengan Israel

Dec 16, 2023 | 03:36 PM



KAHIRAH/GAZA: Amerika Syarikat pada 15 Disember memberi bayangan tidak setuju dengan Israel mengenai tempoh untuk meredakan perang di Gaza, dengan Penasihat Keselamatan Negara berkata waktu dimaksudkan kini menjadi subjek “perbincangan intensif” antara sekutu.


Dengan pertempuran darat sengit telah meningkat pada Disember di seluruh Jaluran Gaza dan organisasi bantuan memberi amaran tentang malapetaka kemanusiaan, Presiden Amerika, Encik Joe Biden berkata pada awal minggu bahawa Israel berisiko kehilangan sokongan antarabangsa kerana serangan udara “sembarangan” membunuh orang awam Palestin.

Penasihat Keselamatan Negara, Encik Jake Sullivan, melawat Israel pada 14 dan 15 Disember, dan pegawai Amerika memberi taklimat kepada wartawan bahawa beliau membawa mesej kepada Israel untuk mengurangkan kempen ketenteraan yang meluas dan peralihan kepada operasi yang lebih disasarkan secara khusus terhadap pemimpin Hamas.

The New York Times memetik empat pegawai Amerika sebagai berkata Encik Biden mahu perkara itu berlaku dalam masa sekitar tiga minggu. Tetapi bercakap kepada pemberita, Encik Sullivan mengelak jawapan langsung mengenai tempoh tersebut.


“Akan ada peralihan kepada satu lagi fasa perang ini, yang memberi tumpuan dengan cara yang lebih tepat untuk menyasarkan kepimpinan dan operasi yang didorong oleh perisikan,” katanya.

“Bila ia akan berlaku dan dalam keadaan apa, akan menjadi perbincangan intensif yang berterusan antara Amerika Syarikat dan Israel,” katanya.

“Syarat dan masa untuk itu jelas menjadi topik perbualan saya dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, pemimpin pemerintah dan komander tentera Israel yang lain,” tambah Encik Sullivan.

Semasa lawatan Encik Sullivan, pegawai Israel secara terbuka menekankan bahawa mereka akan meneruskan peperangan sehingga mereka mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan Hamas, kumpulan militan Islam Palestin yang anggotanya melalui bandar-bandar Israel dan membunuh 1,200 orang dan menawan 240 tebusan pada 7 Oktober.

Encik Netanyahu memberitahu Encik Sullivan pada 14 Disember bahawa Israel akan berjuang “sehingga kemenangan mutlak”. Menteri Pertahanan Yoav Gallant berkata perang itu akan “berlanjutan lebih daripada beberapa bulan”.

Encik Sullivan memperoleh satu konsesi utama daripada Israel; membuka laluan jalan utama ke Gaza untuk penghantaran bantuan buat kali pertama sejak perang bermula.

Sebelum ini, bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza telah dihantar ke persimpangan Kerem Shalom Israel, diperiksa di sana, dan kemudian diangkut semula ke Mesir untuk masuk melalui persimpangan Rafah yang dikawal Mesir, yang direka khas untuk pejalan kaki.

Agensi bantuan telah memberi amaran tentang kebuluran besar-besaran dan penyakit bagi 2.3 juta penduduk Gaza, dan telah lama merayu agar Israel mempercepatkan penghantaran dengan membenarkan bantuan masuk terus di Kerem Shalom.

Kabinet Israel berkata keputusannya untuk berbuat demikian akan membolehkan 200 trak setiap hari memasuki Gaza, berbanding kapasiti hanya 100 di Rafah. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >