Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Netanyahu ke Gaza, ikrar terus perangi Hamas sepenuhnya

Dec 26, 2023 | 04:46 PM



GAZA: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berikrar akan terus memerangi pasukan Hamas, sedang rakyat Palestin bersedih dengan kematian lebih 100 orang dalam serangan udara Israel pada malam Krismas.


Encik Netanyahu melawat tentera Israel di utara Jaluran Gaza pada 25 Disember hanya beberapa jam selepas salah satu malam paling dahsyat di kawasan yang dikepung itu dalam pertempuran 11 minggu antara Israel dengan Hamas.

Dalam satu artikel dalam halaman pandangan akhbar, Wall Street Journal, yang terbit pada 25 Disember dan ditulis Encik Netanyahu, beliau menetapkan tiga prasyarat untuk mencapai perdamaian dalam perangnya terhadap Hamas.


Ia termasuk pemusnahan kumpulan Hamas; menjadikan Gaza bebas tentera atau menghapuskan kekuatan ketenteraan Hamas; dan menghapuskan kegiatan pengganasan dalam kalangan penduduk Palestin.

“Israel akan terus bertindak sepenuhnya selaras dengan undang-undang antarabangsa dalam memusnahkan Hamas,” tulis Encik Netanyahu.

Beliau menyatakan bahawa memusnahkan Hamas “adalah satu-satunya tindakan balas yang sesuai untuk mencegah pengulangan tragedi mengerikan seperti itu”.

Israel bertindak balas terhadap Hamas kerana menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, yang membunuh lebih 1,400 orang dan menjadikan 240 orang sebagai tebusan.

Ia kini didesak sekutu terdekatnya, Amerika Syarikat, agar menukar operasinya di Gaza kepada fasa intensiti rendah dan mengurangkan kematian orang awam.

Tetapi Encik Netanyahu memberitahu anggota parlimen daripada Parti Likudnya perang belum selesai, sekali gus menolak spekulasi media bahawa pemerintahnya mungkin menghentikan pertempuran.

Beliau menegaskan Israel tidak akan berjaya membebaskan saki-baki tebusan yang ditahan Hamas tanpa menggunakan tekanan tentera.

“Kami tidak berhenti. Peperangan akan berterusan hingga akhir, hingga kita menyelesaikannya,” kata Encik Netanyahu, yang mengingkari gesaan antarabangsa bagi gencatan senjata.

Sementara itu, pada satu pengebumian di Gaza, sekumpulan rakyat Palestin dilihat menyentuh kain kafan putih yang membaluti mayat sekurang-kurangnya 70 orang yang terbunuh akibat serangan udara Israel ke atas Maghazi, di tengah jaluran itu.

Seorang lelaki, Encik Ibrahim Youssef, berkata isteri dan empat anaknya, termasuk seorang bayi berusia empat bulan, terperangkap di bawah runtuhan rumah yang mereka tinggal di Maghazi.


“Apa kesalahan yang telah mereka lakukan?” tanya beliau.


Serangan itu, yang bermula beberapa jam sebelum tengah malam, berterusan hingga 25 Disember. Media Palestin berkata Israel telah meningkatkan serangan udara dan darat di tengah Gaza.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Encik Ashraf Al-Qidra, berkata ramai mangsa yang terbunuh di Maghazi adalah wanita dan kanak-kanak.

Lapan yang lain terbunuh ketika pesawat dan kereta kebal Israel membedil rumah dan jalan raya di al-Bureij dan al-Nusseirat, kata pegawai kesihatan.

Dalam pada itu, Hamas dan sekutunya yang lebih kecil, Jihad Islam, dipercayai masih menahan lebih 100 tebusan dari Israel.

Serangan balas Israel terhadap kumpulan itu telah memusnahkan sebahagian besar Jaluran Gaza, membunuh lebih 20,700 orang Palestin.

Tentera Israel berkata 158 askarnya terbunuh sejak operasi daratnya bermula pada 20 Oktober. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >