Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Netanyahu mahu AS lebih tegas henti bantahan pro-Palestin di kampus

Apr 25, 2024 | 01:20 PM



BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata pada 24 April “lebih banyak perlu dilakukan” untuk menghentikan bantahan pro-Palestin yang merebak di seluruh kampus Amerika Syarikat sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini.


“Apa yang berlaku di kampus kolej Amerika adalah mengerikan,” katanya dalam satu kenyataan pada 24 April.

Beliau juga menuduh “perusuh antisemitik” telah mengambil alih universiti terkemuka di Amerika.

“Ia tidak patut. Ia perlu dihentikan. Ia perlu dikutuk dan dikutuk sekeras-kerasnya,” kata Encik Netanyahu.

“Respons beberapa presiden universiti memalukan.

“Sekarang, mujurlah, pegawai negeri, tempatan, persekutuan, ramai daripada mereka telah memberi respons secara berbeza tetapi lebih banyak perlu dilakukan. Lebih banyak perlu dilakukan,” tambahnya.

Bantahan ke atas tindakan Israel di Gaza telah meningkat di seluruh kampus Amerika sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini sedang perang Gaza memasuki bulan ketujuh.

Penunjuk perasaan pro-Palestin menggesa gencatan senjata dan universiti mereka memutuskan hubungan dengan syarikat yang ada kaitan dengan Israel.

Berpuluh-puluh pelajar telah secara terbuka dikenal pasti atau disebarkan data peribadi mereka di Internet, digantung pihak universiti dan ditangkap polis.

Beberapa pelajar keturunan Yahudi dan dari Israel berkata bantahan itu telah menjadikan persekitaran bermusuhan di universiti dan mendakwa mereka berasa terancam.

Beberapa orang Yahudi juga memainkan peranan lantang dalam bantahan antiperang, termasuk kumpulan seperti Suara Yahudi bagi Keamanan, yang mengetuai beberapa tunjuk perasaan.

Perang di Gaza bermula apabila Hamas melakukan serangan mengejut ke atas selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,400 orang dan menahan 240 sebagai tebusan.

Serangan balas darat dan udara Israel berpanjangan hingga sekarang, membunuh lebih 34,000 rakyat Patestin, dengan ribuan lagi dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan.

Ia juga mengakibatkan krisis kemanusiaan yang teruk. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >