Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Netanyahu mahu ubah cara hakim dipilih; tidak teruskan rombakan kehakiman

Aug 07, 2023 | 03:05 PM



BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata beliau tidak akan meneruskan rombakan kehakiman seperti yang dirancang sebelum ini dan sebaliknya hanya berusaha mengubah susunan jawatankuasa pemilihan hakim.


“Itu pada asasnya yang tinggal kerana perkara lain saya fikir kita tidak sepatutnya menggubal undang-undang,” kata Encik Netanyahu dalam temu bual dengan Bloomberg pada Ahad. Ditanya mengenai langkah seterusnya, beliau berkata “ia mungkin mengenai komposisi jawatankuasa yang memilih hakim”.


Encik Netanyahu berkata beliau mahu mengelakkan keterlaluan – sama ada “mahkamah kehakiman paling aktivis di planet ini” atau badan perundangan yang “hanya boleh mengetepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mahkamah”.

“Perlu ada keseimbangan. Itu yang kami cuba pulihkan,” ujar beliau.

Dalam temu bual itu, Encik Netanyahu berusaha untuk memaparkan imej seorang pemimpin yang cekal ketika beliau berdepan dengan gerakan protes antipemerintah terbesar dalam sejarah Israel.

Beliau juga dilihat cuba menghantar mesej bagi meyakinkan pasaran yang tidak tenang akibat kegawatan yang berlarutan berbulan-bulan yang menyifatkan Israel sebagai “kurang nilai”.

“Anda harus melabur di Israel,” katanya. “Wang pintar masuk ke Israel sekarang.”

Keputusan Encik Netanyahu untuk berundur daripada pakej kehakiman yang lain – sesuatu yang beliau tidak nyatakan secara jelas sebelum ini – nampaknya memberi isyarat konsesi yang akan menjadi kemenangan penting bagi mereka yang telah menghabiskan berbulan-bulan berdemonstrasi menentang perubahan yang dirancang itu.

Langkah lain yang diumumkan oleh pemerintahnya ketika ia mula berkuasa pada Januari termasuk memberikan Parlimen kuasa untuk menolak Mahkamah Agung apabila ia membatalkan undang-undang yang dianggap tidak berperlembagaan, dan membenarkan menteri melantik penasihat undang-undang mereka sendiri dan bukannya sistem pengawas bebas semasa.

Memberi pemerintah lebih kawalan ke atas pemilihan hakim masih akan menjadi langkah yang terlalu jauh bagi kebanyakan orang di Israel, terutamanya selepas pemerintah pada Julai mengeluarkan kaedah penghakiman lain untuk mengekang kuasa pengawasan mahkamah.

Hakim-Hakim di Israel dipilih oleh jawatankuasa yang terdiri dari sembilan anggota yang merangkumi tiga anggota Mahkamah Agung, dua peguam yang dipilih dan empat ahli politik – dengan salah seorang daripada mereka secara tradisinya daripada pembangkang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >