Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

New Zealand permudah sistem bagi tarik pekerja migran berkemahiran

Jun 21, 2023 | 04:59 PM



SYDNEY: New Zealand akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga asing yang berkemahiran tinggi, dan memudahkan laluan mereka bagi mendapatkan taraf penduduk tetap, sedang banyak negara kaya bersaing untuk menarik bakat terbaik ke negara mereka.


Beberapa negara ekonomi maju telah menambah bilangan kemasukan pekerja asing tahunan mereka atau melonggarkan syarat mendapatkan visa, bagi membantu perniagaan penting mengambil kakitangan untuk mengisi kekurangan tenaga kerja berkemahiran, selepas pandemik Covid-19 perketat kemasukan pekerja asing.

“Perubahan ini... adalah bagi memastikan tidak ada batas bilangan pekerja migran yang berkemahiran seperti yang dikenakan dalam sistem sebelum ini,” kata Menteri Imigresen New Zealand, Encik Michael Woods, dalam satu kenyataannya pada Rabu.

Beliau merujuk kepada syarat yang ditetapkan dan bilangan tempat kediaman bagi setiap tahun yang membataskan bilangan pekerja migran berkemahiran memasuki New Zealand, sekalipun kehadiran mereka amat diperlukan.

“Kami tahu banyak industri memerlukan pekerja, sedang dunia juga mengalami kekurangan ini,” kata Encik Woods.

Mulai Oktober, kerajaan New Zealand akan memudahkan sistem yang digunakan bagi memilih pekerja migran yang berkemahiran, supaya mempercepat proses permohonan visa dan keselamatan serta memberi pekerja migran kepastian tentang kelayakan mereka.

New Zealand tidak menetapkan batas tahunan bilangan pekerja berkemahiran yang diberi visa, tetapi menguruskan proses secara terancang yang membataskan bilangan mereka yang diberi taraf penduduk tetap.

Langkah itu diperkenalkan sedang pasaran pekerja di negara itu kekal meruncing, dengan kadar pengangguran amat rendah, sementara penyertaan pekerja dalam pasaran mencecah paras paling tinggi pada Mac sejak 1993.

“Kerajaan telah mengambil kira permintaan daripada para peniaga dan akan memastikan para pekerja migran bersama keluarga mereka akan mendapat tempat kediaman di negara ini.

“Ini adalah satu daya tarikan besar bagi mendorong para pekerja berkemahiran datang ke negara ini,” kata Encik Woods. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >