Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Jepun bakal ada kapal induk pesawat pertama

Dunia
28
0

SEKILAS

Jepun bakal ada kapal induk pesawat pertama

Dec 19, 2018 | 05:30 AM

TOKYO: Jepun semalam meluluskan rancangan menukar dua kapal menjadi kapal induk pesawat - yang pertama bagi negara itu sejak Perang Dunia Kedua - sedang ia cuba mengatasi kuasa tentera China yang semakin bertambah.

Rancangan itu petunjuk paling jelas sejauh ini tentang cita-cita Jepun menjadi kuasa serantau sebagai pembangunan ketenteraan oleh China dan kebangkitan semula Russia meletakkan tekanan ke atas pada sekutunya Amerika Syarikat.

"Amerika tetap menjadi negara paling kuat di dunia tetapi persaingan antara negara semakin meningkat dan kami mengakui betapa pentingnya persaingan strategik dengan China dan Russia kerana mereka mencabar susunan serantau," kata garis kasar sebuah program pertahanan 10 tahun yang diluluskan kerajaan Perdana Menteri Shinzo Abe semalam.

Amerika, diikuti oleh China, Korea Utara dan Russia ialah negara yang paling mempengaruhi pemikiran tentera terkini Jepun.

China mengerahkan lebih banyak kapal dan pesawat ke perairan berhampiran Jepun, sementara Korea Utara belum memenuhi janji akan menghentikan program nuklear dan misilnya.

Russia berkata kelmarin ia telah membina berek baru untuk tentera di sebuah pulau utara yang ditawannya daripada Jepun pada akhir Perang Dunia Kedua. - Reuter, AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3