Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS sedia buka semula negara meski jumlah kes Covid-19 kekal tinggi

Apr 14, 2020 | 5:30 AM
6f9e9901-42ae-4db9-9ff8-e03e6d174231
-

WASHINGTON:Amerika Syarikat mungkin bersedia untuk mula 'dibuka semula' secara bertahap bulan depan, kata pakar utama pemerintah bagi penyakit berjangkit.

Ia sejajar peningkatan tanda bahawa pandemik Covid-19 sedang memuncak di negara itu.

Terdahulu, Presiden Donald Trump mahu ekonomi terbesar dunia itu 'bersiap siaga untuk memacu semula' menjelang cuti umum Easter.

Bagaimanapun, keadaan di sebahagian besar negara ini masih tidak berubah dengan gereja turut meraikan sambutan itu secara dalam talian, bagi mengekang penularan virus berkenaan yang telah meragut lebih 22,000 nyawa di Amerika.

"Saya fikir ia mungkin boleh bermula sekurang-kurangnya dalam cara tertentu, mungkin pada bulan depan.

"Diharapkan menjelang akhir bulan, kita boleh meneliti sekeliling dan berkata: OK, ada sebarang elemen di sini yang kita boleh mula tarik balik dengan selamat dan berhati-hati?

"Jika ada, lakukan. Jika tidak, maka teruskan saja usaha yang diambil," kata Encik Trump kepada CNN.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg