Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gerai pasar di Jawa beroperasi ikut jarak selamat

May 12, 2020 | 5:30 AM
-

SALATIGA, Indonesia: Sebuah pasar tradisional di pulau Jawa telah beroperasi di tempat terbuka dan memasang gerai dengan jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain.

Ini sedang Indonesia mahu memastikan tahap keselamatan di pasar dan bazar yang merupakan tempat utama ramai penduduk biasa mendapatkan makanan dengan harga berpatutan.

Sebanyak 857 gerai di pasar Salatiga di wilayah Jawa Tengah, dengan pegerai dan pengunjung diharuskan memakai pelitup dan mengelak sentuhan fizikal antara satu sama lain untuk mengurangkan penularan koronavirus Covid-19, kata ketua persatuan gerai di situ.

Seorang penjual sayur menyatakan langkah jarak selamat itu membuatnya berasa lebih selamat dan selesa di tempat kerja.

Sekurang-kurangnya lapan kes positif Covid-19 dilaporkan di bandar Salatiga itu, lapor media setempat.

Indonesia, yang melaporkan lebih 14,000 kes Covid-19 awal semalam, tidak melaksanakan perintah sekatan menyeluruh di seluruh negara.

Sebaliknya, banyak bandar telah melakukan "sekatan sosial berskala besar" yang telah menutup perniagaan dan mendorong orang ramai duduk di rumah.

Langkah memastikan gerai pasar tradisional terus dibuka dan beroperasi dilakukan di tempat-tempat lain di serata negara itu, bersamaan dengan langkah berjaga-jaga.

Di Depok, sebuah kota dekat ibu kota Jakarta, misalnya, seorang penjual sayur mendirikan gerainya di kawasan perumahan untuk memastikan penduduk dapat membeli barang keperluan tanpa harus pergi terlalu jauh dari rumah.

Pelanggan pula diharuskan memakai pelitup, tidak berdiri secara dekat semasa mahu membeli barangan di situ. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg