Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nongsa resort anjur Iftar Gemilang sambil nikmati matahari terbenam

Apr 12, 2023 | 05:30 AM



DENGAN pelbagai acara yang dianjurkan sempena bulan Ramadan ini, Batam juga ingin menarik lebih ramai pengunjung sempena Ramadan.



Antaranya termasuk pusat peranginan, Nongsa Point Marina & Resort.



Untuk menarik lebih ramai pengunjung Singapura, resort itu menawarkan jamuan bufet berbuka puasa dalam suasana penuh unik - berdepan lautan dengan pemandangan langit, memberi pengunjung peluang menyaksikan matahari terbenam.



Dinamakan Iftar Gemilang, ini merupakan tahun kedua resort tersebut mengadakan acara jamuan berbuka puasa sedemikian.



Pada 2022, Nongsa Resorts telah menerima sokongan yang memberangsangkan daripada penduduk setempat dan kini, ingin meluaskan dan mengundang pelanggan antarabangsa pula memandangkan sekatan perjalanan telah dilonggarkan antara Batam dengan Singapura.



Menurut pengarah kumpulan resort itu, Encik Gerlad Andrew Hendrick, mereka mengalu-alukan lebih ramai tetamu dan pengunjung Singapura untuk menikmati keindahan pulau Riau itu dan pada masa yang sama, menjamu selera di acara berbuka puasa Iftar Gemilang.



"Oleh kerana sambutan 2022 sangat baik daripada penduduk setempat, kami ingin meluaskan acara ini kepada lebih tetamu antarabangsa.



"Pasaran Singapura adalah antara yang besar berhampiran pulau ini untuk kami teroka. Justeru saya mengalu-alukan lebih ramai penduduk Singapura untuk bersantai dan mengunjungi kami," ujar Encik Hendrick kepada Berita Harian (BH).



Menurut laman Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia, jumlah pengunjung warga Singapura pada 2022 ialah sekitar 35 peratus sebelum tahap pandemik dan dijangka terus meningkat.



"Tahun ini, kami gandakan jumlah hidangan. Kami menawarkan lebih 100 pilihan lauk-pauk dan hidangan Nusantara untuk santapan selera.



"Selain makanan, di Nongsa, kami ingin membina semula semangat 'kampung' di mana semua bergotong-royong dan juga memeriahkan lagi suasana Ramadan menjelang Aidilfitri.



"Lampu-lampu, hiasan tanglung semuanya kraf tangan dan direka oleh kakitangan kami tersendiri.



"Kami ingin mencipta pengalaman dan suasana istimewa bagi tetamu agar mereka tidak dapat lupakan suasana yang disediakan," kata Encik Hendrick.



Jamuan bufet itu menawarkan pelbagai hidangan daripada kambing guling, stesen masakan 'live' sate, mi goreng, roti kirai dan pelbagai lagi.



Selain makanan, Encik Hendrick juga mengongsi bahawa pengunjung juga dapat solat dan bertarawih di tempat khas yang telah disediakan jika cukup anggota jemaah.



Dalam pada itu, di bulan suci ini, Encik Hendrick juga ingin berbakti dan lakukan amal kebajikan.



Setiap tiket dewasa iaitu Rp178,000 ($17), Rp10,000 ($1) akan disumbangkan kepada pertubuhan amal anak yatim.



Antara lain, seorang tetamu juga akan berpeluang memenangi pakej umrah yang ditaja oleh Nongsa Resort.



Bagi penduduk Singapura yang ingin menikmati suasana berbuka di Batam, sila hubungi agensi pelancongan yang menawarkan pakej sepenuhnya ke Batam termasuk penginapan.



Antaranya ialah Zuma Travel, Azza Travel & Tours, SJ Holidays, Al-Fattah Travel & Tours dan Al-Haq Travel & Tours.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >