Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nova Scotia di Canada bergelut dengan kesan banjir paling dahsyat

Jul 24, 2023 | 02:20 PM



BRITISH COLUMBIA: Nova Scotia, wilayah pantai timur Canada, kini ligat menjalankan kerja-kerja pembersihan ekoran hujan lebat yang menyebabkan banjir dahsyat pada Ahad sedang usaha diteruskan bagi mencari empat mangsa termasuk dua kanak-kanak yang hilang semasa banjir.


Hujan berserta ribut yang bermula pada Jumaat, merekodkan air hujan lebih daripada 25 sentimeter dalam masa 24 jam. Pakar meteorologi CBC, Encik Ryan Snoddon, berkata ia adalah hujan paling lebat melanda ibu kota wilayah Halifax sejak Taufan Beth pada 1971.


Banjir itu menenggelamkan jalan raya, menghayutkan bangunan dan menyebabkan kerosakan pada jambatan dan landasan Kereta Api Nasional Canada yang digunakan untuk mengakses pelabuhan keempat terbesar di negara itu.

Perdana Menteri Nova Scotia, Encik Tim Houston, menyifatkan kerosakan itu tidak dapat dibayangkan dan berkata kosnya mungkin mencecah “ratusan juta dolar”.

Nova Scotia mengisytiharkan darurat di seluruh wilayah mulai lewat malam Sabtu sehingga 5 Ogos.

Dua kanak-kanak hilang berhampiran Halifax selepas kereta yang mereka naiki tenggelam. Dalam kejadian lain, seorang lelaki dan seorang pemuda hilang selepas kereta mereka juga tenggelam dalam air dalam.

Polis Canada pada Ahad berkata penyelam polis telah menemui sebuah trak pikap kosong dalam air banjir di West Hants berhampiran Halifax. Mereka percaya ia adalah kenderaan yang dinaiki dua kanak-kanak itu.

Usaha pencarian diteruskan di kawasan yang sama untuk mengesan kenderaan lain dan keempat-empat orang yang dilaporkan hilang itu. Kru menggunakan alat pengepam untuk menurunkan paras air di kawasan pencarian, kata Koperal Guillaume Tremblay, pegawai perhubungan polis.

Pada sidang akhbar pada petang Ahad, Encik Houston menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan pencarian memandangkan keadaan yang berbahaya.

Di seluruh wilayah itu, 19 jambatan rosak, enam lagi musnah sepenuhnya dan banyak jalan masih ditutup. Sehingga 600 orang masih diletakkan di bawah arahan pemindahan.

“Paras air masih tinggi di banyak kawasan terjejas tetapi ia mula surut. Risiko utama pada ketika ini ialah cabaran menggunakan pengangkutan kami,” kata Encik Houston. “Sungguh luar biasa bila melihat kederasan air dan kesannya.”

Encik Houston juga berkata terdapat “kerosakan besar” pada bahagian landasan CN Rail yang digunakan oleh kereta api pengangkut barang ke arah Pelabuhan Halifax, yang menyumbang sekitar C$4.4 bilion ($4.43 bilion) kepada keluaran ekonomi tahunan Nova Scotia.

Jurucakap CN Rail berkata, kerja-kerja pembaikan akan ditangguhkan sehingga paras air surut. “Apabila kru boleh menyiapkan kerja mereka dengan selamat, trek akan dibuka semula,” kata jurucakap Jonathan Abecassis dalam satu kenyataan.

Syarikat Nova Scotia Power menyatakan lebih 2,000 pelanggan terputus bekalan elektrik pada Ahad, turun daripada sekitar 80,000 ketika ribut melanda. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >