WASHINGTON: Militan yang menggelarkan diri mereka Negara Islam (IS) telah merampas satu pertiga bandar sempadan Kobane di Syria sedang Presiden Barack Obama memberi amaran bahawa serangan udara sahaja tidak mampu menghalang militan IS daripada merampas bandar tersebut.
Militan IS telah berjaya merampas dua daerah di Kobane selepas pertempuran selama tiga minggu yang menurut pejuang Kurdi akan berakhir dengan pembunuhan beramai-ramai jika militan IS berjaya menguasai bandar itu.