Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Objek angkasa lepas misteri asing lawat sistem solar manusia?

Oct 28, 2017 | 05:09 PM



LOS ANGELES: Sebuah asteroid kecil atau komet yang telah dikesan bergerak sangat pantas melewati sistem solar kita mungkin datang dari tempat lain di galaksi, menurut ahli sains angkasa Amerika Syarikat.



Mereka menyatakan kejadian itu mungkin merupakan lawatan antara satu bintang ke satu bintang lain yang pertama dikesan dari Bumi.



Objek misteri itu, yang setakat ini dinamakan hanya sebagai A/2017 U1, ditemui awal bulan ini oleh seorang penyelidik yang menggunakan sistem teleskop canggih di Universiti Hawaii, yang secara berterusan mengamati alam semesta bagi mengesan fenomena sedemikian.



“Telah lama ada teori bahawa objek seperti itu wujud – asteroid atau komet bergerak antara satu bintang ke bintang lain dan kadang-kadang melalui sistem solar kita – tetapi ini adalah pengesanan sedemikian yang pertama,” kata Paul Chodas, pengurus Pusat Pengajian Objek Berhampiran Bumi Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) di Makmal Jet Propulsion di Pasadena, California.



Jisim itu mempunyai garis pusat sepanjang 400m dan dikesan pada 2 Sep lalu. Jarak paling dekat objek itu dengan Bumi ialah sekitar 15 juta batu pada 14 Okt.



“Ia melintas sangat pantas dan bagi lintasan seperti itu, kami dapat mengatakan dengan yakin bahawa objek itu dalam perjalanan keluar dari sistem suria dan tidak akan kembali,” kata seorang pegawai Nasa, Davide Farnocchia.



Ahli astronomi dengan segera menjejak objek A/2017 U1 itu dengan teleskop apabila ia bergerak melewati sistem solar kita, dengan harapan dapat menggunakan data tersebut bagi mengesahkan ia datang dari bintang di luar sistem suria kita dan untuk mengetahui apa yang dapat dipelajari mengenai komposisinya.



Sekiranya ia itu secara rasmi disahkan sebagai objek pertama seumpama itu yang dilihat dari Bumi, peraturan menamakannya perlu ditetapkan oleh Persatuan Astronomi Antarabangsa, kata saintis Nasa. – Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >