Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

OLIMPIK MUSIM SEJUK 2022

Presiden Halimah hadiri acara pembukaan di Beijing

Feb 05, 2022 | 05:30 AM



BEIJING: Presiden Halimah Yacob menghadiri majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, semalam.



Puan Halimah, yang tiba di Beijing, China, sehari sebelumnya berkata beliau ghairah untuk menyaksikan majlis pembukaan temasya sukan itu dan mengadakan pertemuan dengan pemimpin China semasa lawatannya.



Dalam satu pos di Facebook kelmarin, beliau berkata:



"Saya tidak sabar untuk menonton acara pembukaan malam esok, dan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Li Keqiang dan Presiden, Xi Jinping, dalam pertemuan dua hala yang akan datang."



Puan Halimah akan bertemu dengan pemimpin China itu sepanjang hujung minggu ini sebelum pulang ke Singapura esok,



Sejak permulaan pandemik Covid-19 pada 2020, Encik Xi belum bertemu dengan mana-mana pemimpin asing secara bersemuka. Beliau memiliki jadual perjalanan yang padat pada 2019.



China telah mengenakan antara sekatan perjalanan yang paling ketat sebagai sebahagian langkah untuk menangani pandemik dan merupakan ekonomi dunia utama terakhir yang masih melaksanakan dasar "sifar Covid-19".



Sukan Olimpik Musim Sejuk akan diadakan dalam sebuah gelembung dengan peserta dihadkan dalam "gelung tertutup" tanpa akses kepada orang awam.



Puan Halimah antara sekitar 20 individu kenamaan yang diundang menghadiri acara pembukaan temasya itu.



Jemputan lain termasuk Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, Perdana Menteri Pakistan, Encik Imran Khan dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres.



Dalam video bertajuk 'Our Friends That Come From Afar' yang menunjukkan ketibaan Puan Halimah, penyiar negara China CCTV menyatakan Puan Halimah membuat lawatan rasmi pertamanya ke luar negara semasa pandemik ini.



Beliau ditemani Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Cik Sim Ann; Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, dan pegawai pemerintah lain.



Singapura tidak menghantar atlet di Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >