Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Demi lindung pakaian kebangsaan, Oman kenakan denda besar $3,500 buat lelaki pemakai 'dishdasha' tiruan atau diubahsuai

Feb 06, 2022 | 06:20 PM



MUSCAT: Banyak jubah tiruan dari negara asing dan gaya alternatif telah menyebabkan kerajaan Oman mengambil tindakan tegas untuk memelihara pakaian kebangsaannya yang unik dan mengancam untuk mendenda ribuan rial untuk lelaki yang tersilap memakai 'dishdasha' tiruan.



"Dishdasha', jubah panjang elegan yang merupakan tanda pasti kesultanan Teluk, menjadi mangsa versi alternatif dengan kelepet yang dinaikkan dan sulaman terperinci, dengan beberapa pemakai juga lebih cenderung pada jubah berbilang warna.



Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Oman berkata rekaan dishdasha ini berdasarkan kriteria tertentu, mensyaratkan ia harus dibuat kebanyakannya daripada bahan kapas dengan sulaman hanya pada kolar, bahagian celah depan dan kaf pada pergelangan tangan.



"Fabriknya mestilah satu warna," jelas pegawai kementerian kepada agensi berita AFP sambil menambah warna putih atau neutral lebih disenangi.



Seseorang individu atau pengeluar yang didapati melanggar kod pakaian ini akan didenda 1,000 rial Oman ($3,500) atau seganda jika melanggar undang-undang itu buat kali kedua.



Sementara jubah ini sama seperti jubah lelaki yang sampai ke paras pergelangan kaki seperti yang digunakan lelaki di negara jiran, dishdasha Oman ini nampak menyerlah dengan sulaman di kawasan leher baju atau 'mahar' yang menurun ke bahagian celah tengah atau 'shaq' di atas dada.



Di negara Teluk lain termasuk Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE), jubah lengan panjang biasanya berwarna putih bersih dan dipakai sama ada dengan hiasan kepala 'keffiyeh' putih atau merah atau putih berkotak-kotak.



Lelaki Oman biasanya menggunakan topi bulat tanpa bingkai atau 'kumma' mahupun hiasan kepala berbentuk seperti lilitan 'turban', yang dipanggil 'massar' bagi penampilan menyeluruh.



Busana ini adalah sebahagian besar daripada kehidupan di Oman, negara dengan sejarah warisan yang kaya, tepian pantai yang cantik serta gunung menakjubkan.



Dalam negara konsertvatif di mana kritikan pihak berkuasa itu jarang-jarang berlaku, sesetengah pihak di ibu kota Muscat berkata sedang pengumuman terkini ini boleh dianggap pelanggaran pada kebebasan peribadi, mereka memahami keperluan mengekalkan identiti nasional.



"Keputusan ini mungkin baik bagi menetapkan ukurtara tertentu tetapi ia bercanggah dengan kebebasan peribadi," jelas usahawan 36 tahun, Encik Ouahib al-Jadidi.



Menurutnya, terdapat lelaki yang ingin memakai dishdasha yang menepati cita rasa mereka sendiri tetapi perintah ini akan menghalang mereka daripada berbuat demikian.



Encik Nabegh al-Qami yang memiliki kedai yang menjual dishdasha dan aksesori lelaki berkata perubahan pada jubah tradisional itu kini lebih dikesan.



"Dalam kalangan perubahan yang paling dikesan adalah langkah memendekkan jubah itu atau corak lebih besar dan.sulaman," jelasnya yang berusia 35 tahun kepada agensi berita AFP.



Beliau menambah pihaknya telah melihat warna dishdasha yang berbeza daripada warna tradisional putih, coklat atau hitam sambil menjelaskan masyarakat Oman khususnya generasi lebih berusia tidak suka pada perubahan sebegini.



Usaha mengekalkan budaya Oman dalam keadaan di mana cita rasa ramai sudah berubah muncul sedang negara ini berdepan dengan perubahan sosial dan ekonomi dan memperkenal langkah menarik pelaburan asing sedang ia berusaha mengurangkan pergantungan pada minyak.



Ini termasuk membangun industri pelancongan serta mengeluarkan permit penginapan jangka panjang buat orang asing yang membentuk 40 peratus daripada 4.5 juta  penduduknya sambil mengetepikan beberapa pekerjaan buat warga negara Oman.



Pakar ekonomi Oman, Encik Khalfan al-Touqi, berkata dishdasha ini bukan sahaja simbolik tentang masyarakat Oman tetapi warisannya di samping mempunyai "kepentingan ekonomi besar".



"Baru-baru ini, ramai pekedai membawa masuk dishdasha daripada luar negara, dari China dan India, yang sering mengubahsuai jubah itu," jelasnya yang menambah langkah baru itu juga bertujuan menggalak peruncit membeli daripada kilang tempatan. - AFP



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >