Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Omicron lembapkan perayaan Tahun Baru di seluruh dunia

Jan 02, 2022 | 05:30 AM



BERLIN: Ketibaan tahun baru di Eropah menyaksikan negara di benua itu melaksanakan semula pelbagai sekatan bagi mengekang penularan Covid-19, terutama membabitkan varian Omicron.



Kebanyakan negara melarang sebarang acara luar secara besarbesaran dengan orang ramai dinasihatkan agar menyaksikan sambutan tahun baru menerusi siaran televisyen.



Sambutan ambang tahun baru di Brandenburg Gate, Jerman, lokasi simbolik di mana lebih 100,000 orang berhimpun setiap tahun, dibatalkan dua tahun berturut-turut.



Malah, acara bunga api yang diadakan turut dilarang berikutan penularan varian baru itu.



Pemerintah Belanda turut mengambil langkah yang sama dengan melarang acara bunga api dan sebarang pertunjukan hiburan.



Berbeza di Sweden, yang mematuhi strategi imuniti kelompok, pertunjukan bunga api diadakan tanpa penjarakan fizikal.



Ratusan orang awam menyertai acara yang diadakan di Stockholm tanpa memakai pelitup muka dan dihadiri puluhan anggota polis serta ambulans sebagai persediaan jika berlaku perkara tidak diingini.



Di United Kingdom (UK) pula, sambutan ambang tahun baru yang sering diadakan di Trafalgar Square, London dibatalkan.



Bagaimanapun, pertunjukan bunga api dibenarkan di Sungai Thames.



Sebagai penutup 2021, UK merekodkan hampir 190,000 kes Covid-19 dengan 203 kematian.



Perdana Menteri, Encik Boris Johnson, berkata negara itu kini berada dalam keadaan lebih baik berbanding tahun sebelumnya.



Sementara itu permulaan tahun baru menyaksikan Australia merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19, terutama di wilayah timurnya.



Malah, New South Wales terpaksa mengambil langkah melonggarkan peraturan kuarantin bagi petugas kesihatannya apabila jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital mencatatkan peningkatan.



Statistik jabatan kesihatan menunjukkan New South Wales, negeri dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan Victoria, masing-masing merekodkan jumlah pesakit baharu seramai 22,577 dan 7,442 orang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >