Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM M'SIA

Operasi bantu mangsa banjir dilaksana; tak jejas pilihan raya: Ismail Sabri

Nov 16, 2022 | 05:30 AM



OPERASI menyelamat mangsa banjir sedang dilaksanakan dengan baik dan bekalan makanan serta aturan pengangkutan telah disediakan sepenuhnya, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semasa memberi perkembangan terkini mengenai keadaan banjir dengan tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berbaki empat hari.



Datuk Ismail tertekan untuk menunjukkan keadaan banjir terkawal, termasuk memberi bantuan dan sokongan yang memadai kepada mangsa, dengan banjir kini menjadi antara isu yang diketengahkan di PRU15, menyusuli keputusannya membubarkan parlimen bulan lalu.



Datuk Ismail berkata:



"Saya telah mengarahkan semua agensi terlibat termasuk Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), memberi perhatian sepenuhnya untuk membantu semua keluarga Malaysia yang ditimpa musibah banjir... pastikan operasi menyelamat mangsa berjalan dengan lancar, stok makanan dan pengangkutan telah bersedia sepenuhnya.



"Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan agensi keselamatan."



Ribuan orang di seluruh Malaysia terpaksa dipindahkan ke pusat berteduh sementara akibat banjir kilat yang berlaku semasa minggu pertama musim tengkujuh Timur Laut ini. Antara negeri yang paling teruk terjejas ialah Selangor, di mana 800 mangsa telah dipindahkan ke pusat berteduh di Klang dan Kuala Selangor.



Jabatan Kaji Cuaca Malaysia (MetMalaysia) telah memberi amaran hujan lebat dan ribut petir akan berterusan sehingga 17 November, termasuk di Selangor, Pahang, Kedah, Penang, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu dan Kelantan.



Banjir kilat yang berlaku telah menimbulkan semula kemarahan awam ke atas kerajaan yang mengadakan PRU15 semasa musim tengkujuh, walaupun ia mempunyai masa sehingga September 2023 untuk berbuat demikian.



Tahun lalu, banjir yang dianggap antara paling teruk berlaku melanda Malaysia, telah meragut 54 nyawa dan merosakkan harta benda bernilai RM6.5 bilion ($1.9 bilion).



Beberapa calon pilihan raya telah menghentikan kegiatan berkempen untuk melawat tempat yang dinaiki air minggu lalu.



Penyandang jawatan kerusi parlimen di Permatang Pauh, Pulau Pinang, Cik Nurul Izzah Anwar, berkata beliau kesal kerana kerajaan tidak mengendahkan amaran berhubung banjir yang diberikan sebelum ini.



"Keputusan pilihan raya ketika musim tengkujuh akan meletakkan rakyat dalam situasi yang sukar. Saya kesal dengan pimpinan kerajaan BN-PN yang tidak mengendahkan amaran," ujar Cik Nurul Izzah, selepas melawat mangsa banjir di Mengkuang Titi di Permatang Pauh.



Beliau ialah calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan yang berdepan dengan persaingan empat penjuru di Permatang Pauh untuk mempertahankan kerusi parlimennya.



Di Selangor, calon Barisan Nasional (BN) di Sungai Buloh, Encik Khairy Jamaluddin telah melawat Kampung Melayu Subang yang dinaiki air ke paras lutut, sementara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, yang bertanding bagi kerusi parlimen di Gombak, membatalkan ceramah untuk melawat pusat perlindungan banjir di Klang dan Petaling.



Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng, berkata Datuk Ismail harus memberi penjelasan awam mengapa beliau tidak mematuhi nasihat pakar dari MetMalaysia untuk tidak mengadakan pilihan raya umum pada hujung tahun ini.



"(Jika tidak diadakan), tiada keperluan membazir masa, tenaga dan sumber untuk mengadakan pilihan raya... kita boleh memberi tumpuan penuh kepada pengurusan krisis banjir, untuk mengelakkan kehilangan nyawa dan harta," ujar Encik Lim.



Dalam pada itu, pemerhati politik, Encik Peter Nicoll dari Counter Risk Consultancy Malaysia berkata selain menjejas kegiatan berkempen, banjir boleh juga menjejas bilangan orang yang keluar mengundi.



■ Sekitar Pilihan Raya Umum M'sia






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >