Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakar Kimia Korea Utara yang ditahan berhubung pembunuhan Kim Jong Nam akan dibebas dan dihantar pulang: Peguam Negara M'sia

Mar 02, 2017 | 01:13 PM



KUALA LUMPUR - Malaysia akan membebaskan dan menghantar pulang suspek Korea Utara Ri Jong Chol pada Jumaat (3 Mac) kerana kekurangan bukti untuk mendakwa beliau berhubung pembunuhan Kim Jong Nam.



"Melepaskan beliau kerana tidak cukup bukti untuk mendakwa," kata Peguam Negara Apandi Ali kepada The Straits Times menerusi mesej WhatsApp pada Khamis (2 Mac).



Ia membayangkan bahawa penyiasat tidak mempunyai bukti penglibatan Encik Ri dalam dakwaan pembunuhan itu, walaupun telah menyoal Encik Ri dan keluarganya dan menyerbu rumah mereka.



Namun, Tan Sri Apandi berkata bahawa warga Korea Utara itu, yang telah ditahan reman selama dua minggu, akan dihantar pulang kerana dia tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.



Encik Ri, yang sudah menetap di Kuala Lumpur sejak 2013, berada di Malaysia menggunakan permit kerja yang ditaja oleh pedagang produk kesihatan Tombo Enterprises.



Pemilik firma itu mengakui beliau menaja kertas maklumat Encik Ri bagi memudahkan urus niaga, dan lelaki berusia 47 tahun itu bukan pekerjanya.



Malaysia mendakwa dua wanita - seorang Indonesia dan seorang wanita Vietnam - pada Rabu kerana membunuh Encik Kim Jong Nam, sedang delegasi peringkat tinggi tiba dari Pyongyang untuk mendapatkan pembebasan Encik Ri dan jasad mangsa pembunuhan yang mereka tegaskan bukan abang Korea Utara Kim Jong Un.



Encik Kim dibunuh di lapangan terbang Kuala Lumpur menggunakan ejen saraf toksik VX pada 13 Feb.



Korea Selatan dan Amerika Syarikat menyatakan beliau dibunuh oleh ejen-ejen rejim Korea Utara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >