Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:37
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Dunia

PH mungkin kerajaan satu tempoh jika tidak berubah: Mahathir

Jan 20, 2020 | 12:41 PM

LANGKAWI: Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) mungkin merupakan pemerintah satu tempoh sahaja jika ia tidak melakukan beberapa perubahan.

Parti yang ditubuhkan Dr Mahathir itu mengalahkan Barisan Nasional (BN) yang telah lama memerintah Malaysia pada Mei 2018 dengan janji perubahan serta kemarahan atas korupsi yang berleluasa di sana.

Namun, PH telah kalah lima pilihan raya kecil sejak itu sedang kepercayaan orang ramai terhadap parti tersebut semakin berkurang.

"Kami telah kalah lima pilihan raya kecil tapi mereka tetap tak faham," kata Dr Mahathir.

"Saya beritahu mereka, dalam demokrasi, kita mesti ada sokongan teguh daripada rakyat. Tapi ini tidak, mereka gaduh sesama sendiri dan pecah belahkan rakyat... Mereka tidak akan menang kecuali mereka ubah sikap mereka," tambah beliau.

Beliau juga berkata beliau "tidak terlalu yakin" terhadap generasi pemimpin seterusnya. - REUTERS, BLOOMBERG

Artikel Terkini