Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakistan anggar kemusnahan banjir lebihi $14b, harapkan bantuan dunia

Aug 30, 2022 | 04:41 PM



ISLAMABAD: Anggaran awal kemusnahan akibat banjir terburuk di Pakistan baru-baru ini melebihi AS$10 bilion ($14 bilion).


Sehubungan itu, Menteri Pembangunan dan Perancangan, Encik Ahsan Iqbal, mengharapkan bantuan dunia untuk membangunkan semula negara Asia Selatan itu daripada bencana alam terburuk yang pernah disaksikan disebabkan kesan perubahan iklim angkara perbuatan manusia.


Banjir kilat disebabkan hujan monsun yang tidak pernah berlaku sebelum ini merosakkan jalan raya, tanaman, infrastruktur dan jambatan, selain kira-kira 1,000 mangsa terbunuh serta menjejaskan kehidupan lebih 33 juta penduduk.


Encik Iqbal turut menyifatkan tragedi itu sebagai bencana kemanusiaan yang disebabkan oleh perubahan iklim pada kadar epik, angkara perbuatan manusia sendiri.


“Saya fikir ia akan menjadi lebih besar. Setakat ini, anggaran awal (kemusnahan) sudah besar... ia lebih tinggi daripada AS$10 bilion. Setakat ini kita sudah kehilangan 1,000 nyawa manusia.


“Hampir sejuta rumah mengalami kerosakan. Orang ramai sebenarnya sudah kehilangan mata pencarian sepenuhnya,” katanya dalam satu temu bual. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >