Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakistan dilanda serangan belalang juta paling teruk dalam tiga dekad

Mar 4, 2020 | 2:27 PM
SERANGAN BELALANG JUTA: Seorang petani cuba menghalau belalang dari kebunnya di Pipli Pahar, Pakistan. Foto: AFP
SERANGAN BELALANG JUTA: Seorang petani cuba menghalau belalang dari kebunnya di Pipli Pahar, Pakistan. Foto: AFP -

PIPLI PAHAR: Petani di Pakistan kini sedang berdepan dengan serangan belalang juta (locust) paling teruk dalam tiga dekad sedang serangga itu memusnahkan banyak tuaian di negara itu hingga menyebabkan harga makanan meningkat.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hujan lebat serta ribut telah menyebabkan serangga itu membiak secara mendadak hinggakan bilangan belalang juta di semenanjung Arab juga naik mendadak pada awal tahun lalu.

Ia telah berhijrah, memusnahkan pertanian dari Afrika Timur hingga ke India sebelum ia tiba di Pakistan melalui padang pasir yang terletak di sempadan barat daya berdekatan Iran.

Serangan belalang juta ini merupakan satu krisis yang amat teruk, hinggakan pemerintah negara itu mengisytiharkan kecemasan di serata negara sambil merayu kepada pihak antarabangsa untuk membantu. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg