Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakistan isytihar darurat akibat banjir

Jutaan rakyat terjejas, lebih 900 maut kerana banjir tahun ini - termasuk 34 sepanjang 24 jam lalu
Aug 26, 2022 | 09:54 PM



SUKKUR (Pakistan): Hujan lebat hingga mengakibatkan banjir monsun telah menyebabkan pemerintah Pakistan hari ini (26 Ogos) mengisytiharkan perintah darurat setelah ia menjejas lebih 30 juta penduduk.



Monsun tahunan adalah penting bagi irigasi tanaman dan bagi menambah bekalan air di tasik dan empangan merentasi benua India, tetapi setiap tahun ia juga membawa gelombang kemusnahan.



Penguasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) berkata hari ini, lebih 900 orang telah terbunuh tahun ini - termasuk 34 orang dalam masa 24 jam lalu - catatan terburuk dalam rekod - disebabkan hujan monsun yang bermula Jun lalu.



Para pegawai berkata, banjir tahun ini adalah serupa yang berlaku pada 2010 - paling buruk dalam rekod - apabila lebih 2,000 orang maut dan hampir seperlima negara itu ditakungi air.



"Seumur hidup saya, saya tidak pernah melihat banjir yang disebabkan hujan sebesar ini," kata petani warga emas, Encik Rahim Bakhsh Brohi, kepada agensi berita AFP berdekatan Sukkur, di wilayah selatan Sindh.



Seperti ribuan yang lain di pendalaman Pakistan, Encik Brohi mencari tempat berteduh di tepi lebuh raya nasional, memandangkan jalan raya yang tinggi itu adalah diantara beberapa kawasan kering sedang kawasan lain semuanya digenang banjir.



Satu kenyataan hari ini dari Pejabat Perdana Menteri Shehbaz Sharif menyatakan, 33 juta orang telah "teruk terjejas" oleh banjir, sedang agensi bencana negara berkata, hampir 220,000 rumah telah musnah dan setengah juta lagi rosak teruk.



Dua juta ekar tanaman telah lenyap akibat banjir di wilayah Sindh sahaja. Menurut agensi bencana peringkat wilayah, ramai petani kais pagi makan pagi, musim ke musim.



"Ladang kapas saya yang ditanam di tanah 50 ekar semuanya lenyap," kata Encik Nasrullah Mehar kepada AFP. 



"Ia satu kerugian besar kepada saya... apa boleh dibuat?," tanya beliau.



Menteri Perubahan Iklim, Cik Sherry Rehman, yang pada Rabu lalu, menyifatkan banjir yang berlaku "adalah satu malapetaka yang sangat dahsyat", berkata pemerintah telah mengisytiharkan darurat, dan merayu kepada bantuan antarabangsa. 



Pakistan adalah negara kelapan di Indeks Risiko Iklim Sedunia, satu senarai yang disiapkan oleh pertubuhan sekitaran bukan pemerintah antarabangsa, Germanwatch, menyentuh negara-negara yang sangat rentan terhadap cuaca buruk disebabkan perubahan iklim.



Perdana Menteri Sharif telah membatalkan lawatan ke Britain bagi menyelia respons terhadap banjir, dan telah memerintahkan pihak tentera menggunakan setiap sumber yang ada bagi operasi bantuan. - AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >