Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Panglima Angkatan Darat baru Indonesia

Oct 25, 2023 | 5:40 PM
PANGLIMA ANGKATAN DARAT BARU: Jeneral Agus Subiyanto dilantik oleh Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo sebagai Ketua Staf Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang baru pada Rabu.
PANGLIMA ANGKATAN DARAT BARU: Jeneral Agus Subiyanto dilantik oleh Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo sebagai Ketua Staf Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang baru pada Rabu. - Foto FACEBOOK SEKRETARIAT KABINET REPUBLIK INDONESIA

JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, melantik Panglima Angkatan Darat baru pada Rabu.

Beliau juga akan melantik Menteri Pertanian baru.

Terdahulu, Encik Jokowi mengumumkan bahawa beliau akan merombak Kabinet Indonesia Maju minggu ini.

“Ia (rombakan kabinet) masih dalam persiapan,” katanya di Senayan, Jakarta Selatan, pada Selasa.

Beliau tidak menamakan orang yang akan mengambil alih jawatan Menteri Pertanian.

Ketika ditanya wartawan mengenai isu Parti Demokrat menyertai kabinet, beliau hanya tersenyum dan mengangguk, lapor akhbar Tempo.

Namun, tersebar berita tentang mantan Menteri Pertanian, Encik Amran Sulaiman, akan kembali memegang jawatan itu, menggantikan Encik Syahrul Yasin Limpo, yang kini terpalit dengan dakwaan kes rasuah.

Encik Amran dikatakan berkunjung ke Istana Merdeka pada 15 September.

Beliau belum menjawab pertanyaan Tempo berhubung berita kepulangannya ke kabinet.

Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dudung Abdurachman, telah digantikan oleh Leftenan Jeneral Agus Subiyanto.

Jeneral Dudung akan bersara pada 19 November.

Jeneral Agus dilihat mengadakan pertemuan tertutup dengan Encik Jokowi pada Isnin.

Beliau secara rasmi dilantik menjadi Ketua Staf Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia (TNI) oleh Encik Jokowi pada Rabu, lapor akhbar Kompas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg