Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Papua New Guinea pindahkan lebih 7,900 penduduk hadapi risiko tanah runtuh

May 28, 2024 | 1:32 PM
Orang ramai turut cuba membantu dalam operasi menyelamat di tapak tertimbus yang terletak sekitar 600 kilometer dari Port Moresby, ibu kota Papua New Guinea.
Orang ramai turut cuba membantu dalam operasi menyelamat di tapak tertimbus yang terletak sekitar 600 kilometer dari Port Moresby, ibu kota Papua New Guinea. - Foto AFP

PORT MORESBY: Papua New Guinea (PNG) sedang memindahkan kira-kira 7,900 orang yang tinggal berhampiran tapak tanah runtuh yang meragut ratusan nyawa, kata seorang pegawai tertinggi wilayah itu pada 28 Mei ketika kebimbangan semakin meningkat akan berlaku lagi kejadian tanah runtuh.

“Kami cuba berpindah,” kata pentadbir wilayah Enga, Encik Sandis Tsaka, kepada agensi berita AFP.

“Setiap jam anda boleh mendengar batu pecah... ia seperti bom atau tembakan dan batu terus jatuh,” kata Encik Tsaka.

Penduduk di lereng bukit di wilayah Enga hampir lesap apabila sebahagian Gunung Mungalo runtuh pada awal pagi 24 Mei, menimbuskan banyak rumah dan penduduk yang sedang tidur.

Pusat bencana nasional PNG khuatir lebih 2,000 orang tertimbus, tetapi hanya lima mayat dan bahagian kaki mangsa keenam yang setakat ini telah dikeluarkan dari timbunan runtuhan.

Pekerja penyelamat cuba memindahkan 7,900 orang dari kawasan itu untuk memastikan “tanah runtuh yang berterusan tidak akan meragut lebih banyak nyawa”, kata Encik Tsaka.

Kawasan itu telah “musnah sepenuhnya dan penduduk diselubungi ketakutan”, katanya.

Encik Tsaka berkata kawasan itu padat dengan penduduk, premis perniagaan, gereja dan sekolah.

“Kini semuanya musnah. Yang tinggal hanya timbunan batu,” ujarnya.

Encik Tsaka berkata beliau menghubungi pemerintah asing melalui talian pada pagi 28 Mei, meminta bantuan segera untuk menangani risiko tanah runtuh di samping menguruskan langkah pengiriman bantuan bekalan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg