Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Paras laut S’pura boleh naik 1.37m jelang 2150, banjir lebih kerap di kawasan rendah

Jul 23, 2023 | 03:30 PM



Paras laut di Singapura boleh naik sebanyak 1.37 meter menjelang 2150, dalam satu senario di mana sejumlah besar pelepasan gas rumah hijau membawa kepada pemanasan sejagat melebihi 4 darjah Celsius menjelang akhir abad ini, menurut dapatan satu kajian baru.

Ini adalah salah satu unjuran yang didedahkan daripada sebuah kajian yang dijalankan oleh Balai Cerap Bumi Singapura (EOS) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), yang bertujuan melanjutkan unjuran kenaikan paras laut masa hadapan melebihi 2100 – dengan mengambil kira trajektori berbeza pelepasan karbon dioksida sejagat berdasarkan data terkini yang tersedia.

Sekalipun pelepasan karbon dioksida kekal pada paras semasa hingga akhir abad ini, paras laut masih boleh naik sebanyak 0.95 meter menjelang 2150.

Kajian itu diterbitkan pada Jun dalam jurnal saintifik ‘Communications Earth & Environment’ (Komunikasi Bumi & Persekitaran).

Dapatan itu mempunyai kepentingan saintifik besar dalam langkah penyesuaian dan mitigasi lebih baik, kerana saintis dan penggubal dasar boleh memperoleh pemahaman lebih menyeluruh tentang kesan jangka panjang perubahan iklim dan peningkatan paras laut bagi Singapura, kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS), sebuah unit di bawah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan agensi air nasional PUB.

Kedua-dua agensi itu memberitahu The Straits Times bahawa 30 peratus kawasan darat Singapura kurang dari lima meter di atas paras laut purata, yang bermakna kawasan pantai rendah dan tanah tambak boleh mengalami banjir lebih kerap dan meluas.


“Sebahagian besar tanah Singapura, termasuk kawasan yang mempunyai penduduk yang padat dan prasarana kritikal, boleh terdedah kepada banjir biasa dan bahkan teruk jika kadar dan magnitud kenaikan itu dipercepat,” tambah mereka.

Setakat ini, suhu dunia telah meningkat hampir 1.2 darjah Celsius, dan penduduk dunia mesti mengawal pemanasan sejagat tidak melebihi 1.5 darjah Celsius untuk mengelak kesan perubahan iklim yang lebih dahsyat.

Sedang pemanasan sejagat telah menyebabkan suhu laut naik, air mengembang apabila ia menjadi panas, menyebabkan paras laut meningkat.

Pada masa sama, pemanasan sejagat mempercepatkan pencairan kepingan ais di Greenland dan Antartika, menyebabkan lebih banyak air dibawa ke khatulistiwa – yang menjejas negara paras rendah seperti Singapura.

Kajian itu juga mendapati bahawa perubahan yang diunjurkan bagi paras laut akan datang akan berlaku dalam jangka masa yang jauh lebih cepat daripada yang berlaku pada masa lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >