Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parlimen Malaysia kembali bersidang 5 hari mulai 26 Julai susuli titah Agong

Jul 05, 2021 | 06:46 PM



KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Malaysia akan diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat.



Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Isnin (5 Julai) berkata, kerajaan Malaysia turut bersetuju memaklumkan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pemakluman itu.



Sementara itu, Mesyuarat Khas bagi Dewan Negara adalah selama tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021.



Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.



"Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen," memetik kenyataan itu.



Kata kenyataan itu lagi, mesyuarat ini akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Selain itu, Nota Jemaah Menteri juga telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini.



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini, berkata Parlimen akan bersidang paling awal menjelang September apabila penularan Covid-19 dijangka pulih. Namun, beliau diberi tekanan untuk memulakan sidang menyusuli titah Agong, Sultan Abdullah yang meminta ia diadakan segera.



Walaupun Parlimen sepatutnya bersidang dalam tempoh enam bulan selepas sidang terakhir pada Disember lalu, ketetapan perlembagaan ini digantung sewaktu tempoh darurat yang diumumkan Sultan Abdullah pada 11 Januari.



Permohonan Muhyiddin dibenarkan bagi membantu Malaysia mengekang penularan Covid-19 yang semakin teruk. Namun, krisis kesihatan ini kian membimbangkan dalam tempoh darurat.



Malaysia kini dalam perintah berkurung 100 peratus sejak 1 Jun dengan bulan itu dianggap paling banyak memperlihatkan kematian sejak pandemik ini bermula di Malaysia tahun lalu. - Astro Awani/The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >