Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parlimen M'sia dibubar, buka jalan bagi pilihan raya

Oct 11, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa semalam bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh 60 hari.



Susulan pembubaran Parlimen itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menetapkan tarikh pilihan raya diadakan.



Pengumuman khas itu disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen tempatan pada 3 petang semalam selepas memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



"Dengan ini dimaklumkan bahawa tengah hari semalam (kelmarin), saya telah menghadap Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan menyembah warkah permintaan kepada Baginda, mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.



"Selaras dengan Perkara 40(2) (b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan pada hari ini, Isnin, 10 Oktober 2022.''



Dua jam selepas pengumuman Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa negara dan tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.



Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata susulan rasa kecewa itu, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.



Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan supaya SPR dapat menjalankan Pilihan Raya Umum dalam tempoh terdekat, dengan mengambil kira musim tengkujuh yang diramal bermula pertengahan bulan depan.



Susulan itu, Datuk Seri Ismail Sabri menasihati semua Ketua Menteri dan Menteri Besar kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dengan PRU, meskipun beberapa negeri memutuskan untuk tidak membubarkan DUN mereka.



Langkah itu bagi memberi laluan supaya pilihan raya negeri (PRN) dan PRU dapat diadakan serentak oleh SPR.



"Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos," katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.



Menurut Artikel 55(4) Perlembagaan Persekutuan, PRU wajib dijalankan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen dan sidang Dewan Rakyat yang seterusnya wajib dilaksanakan dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen.



Pengumuman itu dibuat hanya beberapa hari selepas Belanjawan 2023 dibentang, di sebalik spekulasi PRU akan diadakan sebelum tahun ini berakhir.



LAPORAN SELANJUTNYA: Dewan Undangan Negeri bakal bubar serentak parlimen M'sia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >