Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parti Buruh pimpinan Keir Starmer menang majoriti besar pilihan raya Britain

Jul 5, 2024 | 4:53 PM
Encik Keir Starmer berikrar membawa perubahan kepada Britain sebagai Perdana Menteri seterusnya selepas parti Buruh pimpinannya mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum kali ini.
Encik Keir Starmer berikrar membawa perubahan kepada Britain sebagai Perdana Menteri seterusnya selepas parti Buruh pimpinannya mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum kali ini. - Foto Reuters

LONDON: Encik Keir Starmer akan menjadi perdana menteri Britain seterusnya apabila Parti Buruh pimpinannya dijangka memenangi majoriti besar dalam pilihan raya parlimen, menurut satu tinjauan keluar pada 4 Julai.

Parti Konservatif pimpinan Enciki Sunak pula diramalkan mengalami kekalahan besar dalam sejarah. Parti Buruh kiri berada di landasan untuk menang di 410 daripada 650 kerusi di parlimen, berbanding lima tahun lalu mereka mengalami kekalahan terburuk sejak 1935.

Keputusan itu akan memberikan Parti Buruh majoriti 170 kerusi dan akan menutup tirai 14 tahun kerajaan pimpinan Konservatif yang semakin bergolak.

Encik Keir Starmer mengisytiharkan bahawa United Kingdom kini “bersedia untuk perubahan”. “Perubahan bermula di sini, kerana ini adalah demokrasi anda, komuniti anda dan masa depan anda. Anda telah mengundi. Kini tiba masanya untuk kami menyampaikannya,” katanya selepas dipilih semula ke kerusinya di utara London.

Dalam perhimpunan parti di tengah London, Encik Starmer, 61 tahun, memberitahu aktivis yang bersorak bahawa beliau menjanjikan “dekad pembaharuan nasional”, meletakkan “negara didahulukan, parti kedua”.

“Jika apa yang kita lihat setakat ini berlaku, maka jelaslah bahawa rakyat Britain telah mengundi untuk perubahan,” kata Cik Rachel Reeves dari Parti Buruh, yang bakal menjadi Menteri Kewangan wanita pertama Britain.

“Dalam beberapa jam akan datang, selepas 14 tahun, orang ramai akan sedar tentang prospek kerajaan baru: kemenangan pertama Parti Buruh dalam tempoh hampir dua dekad, satu halaman lagi dibuka, lembaran baru bermula, peluang untuk melihat ke hadapan untuk masa depan lebih cerah yang kelihatan begitu terpencil untuk sekian lama,” kata Encik Reeves selepas memenangi kerusinya.

Parti Encik Sunak diramalkan hanya akan memenangi 131 kerusi, prestasi pilihan raya terburuk dalam sejarahnya, ketika pengundi menghukum mereka kerana krisis kos sara hidup, serta ketidakstabilan dan pergaduhan bertahun-tahun yang menyaksikan lima Perdana Menteri berbeza sejak Undian Brexit 2016.

Encik Sunak, mengakui kekalahan pilihan raya umum kepada pemimpin parti pembangkang utama, parti Buruh, Encik Starmer.

“Saya bertanggungjawab atas kekalahan ini. Hari ini, kuasa akan bertukar tangan secara aman dan teratur dengan muhibah di semua pihak. Parti Buruh memenangi PRU ini dan saya telah menelefon Keir Starmer untuk mengucapkan tahniah atas kemenangannya,” kata Encik Sunak, ketika parti Konservatif kelihatan semakin menghampiri kekalahan bersejarah kepada parti Buruh

Setiausaha Pertahanan, Encik Grant Shapps kehilangan kerusinya, mangsa paling berprofil Konservatif setakat ini.

“Kepada semua orang yang telah berkempen untuk Parti Buruh dalam pilihan raya ini, kepada semua orang yang mengundi kami dan meletakkan kepercayaan mereka kepada Parti Buruh kami yang telah berubah - terima kasih,” kata Encik Starmer di X.

Keputusan itu menyaksikan seorang perdana menteri daripada parti Buruh buat kali pertama sejak 2010 dan Konservatif berdepan pertarungan mengenai hala tuju masa depan parti.

Parti Konservatif berdepan pukulan bukan saja daripada parti Buruh tetapi juga daripada parti Liberal Demokrat dan parti Reform UK

Kejayaan parti Reform UK menyaksikan Encik Nigel Farage menang di Clacton, percubaan kelapannya untuk memasuki Parlimen.. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg