Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parti Buruh sedia calonkan Anies Gabenor Jakarta setelah ditolak PDI-P

Aug 29, 2024 | 2:18 PM
Laluan Encik Anies Baswedan (kiri) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Gabenor Jakarta tidak kesampaian apabila Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) mencalonkan nama lain. Sebelum ini, Encik Rano Karno (kanan) dikatakan bakal menjadi pasangan calonnya.
Laluan Encik Anies Baswedan (kiri) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Gabenor Jakarta tidak kesampaian apabila Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) mencalonkan nama lain. Sebelum ini, Encik Rano Karno (kanan) dikatakan bakal menjadi pasangan calonnya. - Foto INSTAGRAM ANIES_RANO_KARNO

JAKARTA: Parti Buruh membuka peluang untuk membentuk gabungan baru, demi mencalonkan Encik Anies Baswedan sebagai bakal calon gabenor dalam pilihan raya daerah Jakarta 2024.

Ketua Pasukan Pilihan Raya Parti Buruh, Encik Said Salahuddin, mengatakan bahwa Encik Anies masih mempunyai peluang untuk maju dalam pilihan raya daerah Jakarta.

Ini setelah parti politik terbesar Indonesia, Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), mencalonkan seorang menteri kabinet pada 28 Ogos sebagai calon gabenor Jakarta.

Ia sekali gus menghancurkan peluang mantan Gabenor Jakarta, Ecik Anies Baswedan, untuk bertanding.

PDI-P mencalonkan setiausaha kabinet, Encik Pramono Anung.

Encik Pramono, yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung PDI-P akan didampingi oleh bekas Gabenor Banten, Encik Rano Karno, sebagai calon Timbalan Gabenor.

Parti itu tidak menyatakan mengapa ia tidak menyokong Encik Anies, gabenor popular Jakarta dari 2017 hingga 2022, yang juga kalah ketika Pilihan Raya Presiden Indonesia diadakan pada 2024.

Keputusan PDI-P untuk menamakan Encik Pramono sebagai calon Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) Jakarta mengejutkan banyak pihak, terutama setelah terdapat spekulasi PDI-P mungkin akan meletakkan Encik Anies.

Petunjuk mengenai pencalonan Encik Anies muncul selepas kunjungannya ke Ibu Pejabat PDIP pada 26 Ogos apabila beliau dilaporkan bertemu dengan Encik Rano Karno, yang dikatakan bakal menjadi pasangan calonnya.

Namun, pemerhati politik berkata PDI-P berhak untuk mengutamakan ahlinya sendiri dalam pemilihan calon gabenor.

PDI-P memiliki tradisi untuk mengutamakan ahli yang telah berkorban untuk parti. 

Encik Said berkata Encik Anies masih mempunyai peluang kerana 29 Ogos merupakan hari terakhir pendaftaran pasangan calon kepala daerah.

“Masih ada besok, hari terakhir pendaftaran sampai dengan pukul 23.59 WIB (Waktu Indonesia Barat),” kata Encik Said ketika dihubungi agensi berita, Antara, dari Jakarta pada 28 Ogos.

Encik Said berkata parti politik yang sudah mendaftarkan bakal pasangan calon kepala daerah masih diperbolehkan untuk membuat pendaftaran lagi, selama masih dalam batas waktu masa pendaftaran.

Apabila muncul dukungan ganda, ujar beliau, Komisi Pemilihan Umum (KPU) akan melakukan proses klarifikasi terhadap parti politik terkait.

Oleh kerana itu, Encik Said meminta agar menunggu hingga mengetahui peluang mendukung Encik Anies di pilihan raya daerah Jakarta.

“Kalau ada peluang pembentukan gabungan baru untuk mengusung Pak Anies Baswedan, puluhan ribu anggota Parti Buruh bersama rakyat Jakarta siap datang ke Komisi Pemilihan Umum (KPU) untuk mendampingi pendaftaran Pak Anies,” ujarnya.

Syarat minimum batas pencalonan oleh parti politik mahupun gabungan parti politik di Jakarta untuk mencalonkan calon gabenor dan wakil gabenor, iaitu memiliki 454.885 suara sah (7.5 peratus).

KPU Jakarta telah menerima data 13 parti pendukung bakal pasangan calon gabenor dan wakil gabenor Jakarta, Encik Ridwan Kamil dan Encik Suswono, yang masuk ke aplikasi Sistem Informasi Pencalonan (Silon).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg