Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parti Demokrat tawan Senat

Jan 08, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Parti Demokrat bakal menguasai semula Dewan Senat Amerika Syarikat setelah meraih kemenangan bersejarah dalam dua pilihan raya pilihan raya di negeri Georgia.



Calon parti itu, Encik Raphael Warnock, 51 tahun, akan menjadi senator berkulit hitam pertama di Georgia selepas beliau mengalahkan pesaingnya yang juga penyandang jawatan sebelum ini daripada Parti Republikan, Cik Kelly Loeffler.



Seorang lagi calon Parti Demokrat, Encik Jon Ossoff, mengalahkan lawannya daripada Republikan, Encik David Perdue, lapor The Straits Times.



Pada usia 33 tahun, beliau bakal menjadi senator Yahudi pertama di Georgia dan termuda di negara itu, sejak Presiden Dipilih, Encik Joe Biden, kali pertama dipilih menjadi senator pada 1973 pada usia 30 tahun.



Keputusan itu merupakan perubahan menakjubkan dari November lalu apabila kededua calon Demokrat itu berada di belakang calon Parti Republikan dalam tinjauan awam.



Perubahan itu mencerminkan perubahan politik di negeri Georgia yang sebelumnya merupakan kubu Republikan dan tidak pernah memilih calon Demokrat ke Senat sejak 1996.



Pengundi negeri itu juga telah memilih Encik Biden semasa pilihan raya presiden November lalu setelah berbulan-bulan berkempen oleh aktivis pilihan raya Demokrat.



Ia juga boleh disifatkan sebagai satu penolakan terhadap Presiden Donald Trump, yang secara peribadi berkempen di Georgia semasa pilihan raya senator baru-baru ini, dengan strateginya menuduh berlakunya penipuan pilihan raya.



Beliau sekali lagi meningkatkan tuduhannya pada Selasa lalu apabila kemenangan Encik Warnock menjadi satu kemungkinan, dengan dakwaan tanpa bukti di Twitter bahawa pilihan raya itu ditipu.



Encik Warnock memberi penghormatan kepada ibunya, sambil berkata perjalanannya hanya berjaya dilakukan "kerana ini adalah Amerika", dengan beliau berjanji akan bekerja bagi semua penduduk Georgia.



Dalam menguasai semula Dewan Senat, pihak Demokrat akan menyatukan penguasaan Kongres dan Rumah Putih buat kali pertama sejak 2009, walaupun melalui majoriti amat tipis.



Kedua-dua Demokrat dan Republikan akan memiliki 50 kerusi di Dewan Senat, dengan kemenangan Encik Ossoff akan memberikan Naib Presiden, Cik Kamala Harris, sebagai pemutus kata undi di dewan itu.



Hasil kiraan undi antara Encik Perdue dengan Encik Ossoff dijadual memerlukan beberapa hari lagi, sedang kira-kira 17,000 surat undi anggota tentera dan dari luar negeri, dan sebilangan surat undi tempatan masih perlu dikira selewat-lewatnya pada hari ini. (8 Jan)



Hasil perbezaan undi yang tipis akan mengundang tindakan undang-undang atau kiraan semula yang boleh melambatkan lagi penentuan rasmi penguasaan Dewan Senat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >