Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parti Gerindra bakal calonkan menantu Jokowi untuk pemilihan ketua daerah

Mar 12, 2024 | 1:12 PM
Cik Erina Gudono (kanan), isteri kepada Encik Kaesang Pangarep, anak  Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, dilapor akan dicalonkan oleh Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) dalam pemilihan bupati (ketua daerah) di Sleman, wilayah Yogyakarta.
Cik Erina Gudono (kanan), isteri kepada Encik Kaesang Pangarep, anak Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, dilapor akan dicalonkan oleh Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) dalam pemilihan bupati (ketua daerah) di Sleman, wilayah Yogyakarta. - Foto INSTAGRAM ERINA GUDONO

SLEMAN (Yogyakarta): Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) ingin mencalonkan Cik Erina Gudono, menantu Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, dalam pemilihan Bupati (ketua daerah) di Sleman, wilayah Yogyakarta, lapor akhbar Inggeris Indonesia, Jakarta Globe.

Cik Erina Gudono, 27 tahun, yang berkahwin dengan anak bongsu Presiden Jokowi, Encik Kaesang Pangarep, pada Disember 2022, merupakan anak jati Sleman.

Jika disahkan, pencalonannya akan menandakan kerjasama politik kedua antara Gerindra dengan keluarga presiden.

Pengerusi Gerindra, Encik Prabowo Subianto, telah pun bekerjasama dengan anak sulung Presiden Jokowi, Encik Gibran Rakabuming Raka, dan pasangan itu dijangka memenangi Pilihan Raya Presiden yang berlangsung pada 14 Februari dengan mendapat sekitar 58 peratus undi.

Populariti Encik Prabowo semakin melonjak sejak beliau memilih Encik Gibran sebagai pasangannya pada pertengahan Oktober 2023 dalam Pilihan Raya Presiden 2024.

“Kami mengutamakan anak jati Sleman semasa tapisan kakitangan. Jadi kami sedang mempertimbangkan Erina Gudono dalam usaha mencari pemimpin muda untuk diperkenalkan kepada masyarakat setempat melalui Gerindra, menjelang pilihan raya bagi memilih bupati wilayah itu,” kata Encik Sukaptana, ketua bahagian tempatan Gerindra, pada 12 Mac.

Bagaimanapun, Encik Sukaptana berkata beliau belum berhubung secara langsung dengan Cik Erina mengenai rancangan itu.

Gerindra kini memegang enam kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sleman dan perlu mewujudkan gabungan dengan ahli lain untuk memenuhi ambang 10 kerusi yang diperlukan untuk menamakan calon bupati.

Suami Cik Erina memulakan kerjaya politiknya hanya pada 2023 apabila beliau menyertai Parti Solidariti Indonesia (PSI) dan tidak lama kemudian dilantik sebagai pengerusi.

Anak perempuan Encik Jokowi, Cik Kahiyang Ayu, berkahwin dengan ahli perniagaan, Encik Bobby Nasution, yang kemudiannya dipilih sebagai Datuk Bandar Medan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg