Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Jokowi djangka pengaruhi pembentukan Kabinet Prabowo

Mar 04, 2024 | 05:31 AM



JAKARTA: Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo dijangka memainkan peranan penting dalam membentuk Kabinet dan dasar pentadbiran yang bakal diambil alih oleh Encik Prabowo Subianto.


Namun kem Encik Prabowo menegaskan bahawa beliau akan mempunyai kata putus dalam menentukan hala tuju Kabinetnya kelak.

Walaupun keputusan rasmi pilihan raya dijangka sehingga pertengahan Mac, ahli politik dan orang awam kini memberi perhatian kepada susunan Kabinet Encik Prabowo dan beberapa besar peranan Encik Jokowi dalam pembentukan Kabinet baru itu.

Ini sedang anak lelaki Presiden Jokowi, Encik Gibran Rakabuming Raka, dijangka menjadi Naib Presiden Indonesia.

“Jokowi pasti akan diminta pandangan dan sumbangan dalam pembentukan Kabinet. Itulah sebabnya peranannya akan menjadi penting,” kata Dr Drajad Wibowo, anggota kumpulan kempen Encik Prabowo, kepada The Jakarta Post.


Encik Jokowi dijangka memainkan peranan utama dalam pemilihan anggota Kabinet dalam usaha mengekalkan pengaruh politiknya selepas meninggalkan pejabat dan memastikan bahawa pentadbiran seterusnya adalah dalam kedudukan yang baik untuk mengejar matlamat dasarnya.

Sumber yang biasa dengan perbincangan pembentukan Kabinet selepas pilihan raya itu berkata Encik Jokowi telah meminta Encik Prabowo memberi kata putus sehingga empat jawatan Kabinet dalam pentadbiran seterusnya.

Beberapa sekutu rapat Encik Jokowi, termasuk Setiausaha Negara, Profesor Dr Pratikno (memiliki satu nama) dan Menteri Pelaburan, Encik Bahlil Lahadalia, dilaporkan berada dalam senarai calon.

Penganalisis berpandangan, Encik Prabowo mungkin bakal meneruskan dasar Encik Jokowi yang memerlukan perbelanjaan fiskal besar.

Ini seiring dengan ucapannya yang mengakui beliau bukan penyokong neo-liberalisme iaitu idea mengurangkan peranan pemerintah untuk membolehkan sektor swasta mengetuai pembangunan negara, tetapi meletakkan pemerintah di barisan hadapan dan memerlukan campur tangan sekiranya ada perkara menyentuh kepentingan rakyat.

Pengarah Eksekutif, The Center of Reform on Economic (CORE), Dr Mohammad Faisal turut melahirkan keyakinan terhadap masa depan ekonomi Indonesia apabila gandingan Prabowo-Gibran meneruskan dasar yang sudah dimulai pemerintahan Encik Jokowi.

Ini termasuk Projek Stategik Nasional (PSN) yang akan berterusan untuk tempoh lima tahun hadapan.

Penganalisis dari Pusat Kajian Politik di Badan Kajian dan Inovasi Nasional (PRP BRIN), Dr Firman Noor, membuat penilaian bahawa pemerintahan Encik Prabowo dan Encik Gibran akan menjadi penerus pentadbiran Encik Jokowi.

Penerusan itulah yang dilihat akan melibatkan Encik Jokowi dalam menyusun Kabinet Encik Prabowo dan menentukan arah kebijakan pemerintahan yang akan datang, kata Dr Firman kepada Kompas.com.


Kiraan tidak rasmi Prabowo-Gibran sudah cukup selesa untuk mengetuai Indonesia sekitar Oktober, apabila melepasi 58 peratus undi berbanding dua gandingan pesaingnya Anies Rasyid Baswedan-Muhaimin Iskandar (25 peratus) atau Ganjar Pranowo-Mahfud Md (16 peratus).

Dalam kempen politiknya, Encik Prabowo berjanji akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara kepada 7 peratus, melebihi 5 peratus sekarang, melalui usaha memperluas dasar Encik Jokowi bagi menarik pelaburan, khususnya dalam industri mineral seperti nikel.

Encik Prabowo juga mahu meneruskan dasar Encik Jokowi dalam projek Ibu Kota Indonesia (IKN), iaitu pemindahan ibu negara Jakarta ke Nusantara.

Dr Firman menjelaskan bahwa meskipun calon presiden dan calon naib presiden boleh meminta nasihat daripada presiden-presiden sebelumnya, pemerintahan yang akan datang dijangka tidak akan jauh berbeza daripada pendekatan yang diambil Encik Jokowi.

Dr Drajad, yang juga merupakan anggota kanan Parti Amanah Nasional (PAN), enggan memberi komen mengenai sejauh mana Encik Jokowi akan cuba mempengaruhi susunan Kabinet, dengan berkata bahawa keputusan terakhir akan bergantung kepada presiden baru.

“Membentuk Kabinet adalah hak istimewa seorang presiden. Jadi apabila Prabowo dilantik sebagai Presiden seterusnya, itu akan menjadi hak beliau,” kata Dr Drajad.

Namun, terdapat soalan yang masih belum terjawab mengenai bagaimana Encik Prabowo akan menegakkan kuasanya sebagai Presiden, dengan beberapa analisis menjangkakan permainan kuasa antara beliau dengan Encik Jokowi.

Dalam laporan yang diterbitkan majalah Tempo yang menukil beberapa sumber mendakwa bahawa lingkaran dalaman parti yang menyokong Prabowo-Gibran menjadi bimbang “Jokowi mungkin campur tangan terlalu jauh” dalam pemerintahan seterusnya dan melahirkan harapan bahawa Encik Jokowi akan terus bersara selepas melepaskan jawatan pada Oktober.


Memandangkan gabungan Encik Prabowo mungkin tidak mencapai majoriti di Dewan Perwakilan Rakyat, Encik Jokowi mula dilihat mula bergerak membawa parti-parti pembangkang ke pihak calon yang dipilihnya.

Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang memerintah Indonesia, mengekalkan kedudukan sebagai parti terbesar di Parlimen, selepas memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya perundangan pada 14 Februari, menurut keputusan kiraan pantas tidak rasmi.

Parti Encik Prabowo sendiri, Gerindra, menduduki tempat ketiga dalam pilihan raya perundangan, tetapi dijangka menjadi parti peneraju bagi satu gabungan pemerintah, dinamakan Gabungan Indonesia Maju.

Di bawah sistem parlimen Indonesia, parti politik yang menyokong calon presiden yang menang akan secara automatik menjadi ahli gabungan pemerintah di Parlimen, yang mempunyai 580 anggota.

Parti Golkar – yang diunjurkan memenangi bilangan kerusi kedua terbesar di Parlimen – juga merupakan ahli gabungan Encik Prabowo.

Pada Februari, Encik Jokowi menerima Cik Surya Paloh, pengerusi Parti NasDem, penaja utama kepada calon Encik Anies Baswedan, untuk makan malam di Istana Presiden.

Mereka dilaporkan membincangkan kemungkinan parti tersebut bertukar aliran.

Laporan Tempo menyatakan bahawa bukan sahaja Encik Jokowi cuba membawa ahli pembangkang yang dianggap menjadi anggota dalam pemerintah campuran yang dipimpin oleh Encik Prabowo, beliau juga cuba mengambil alih pimpinan secara langsung dalam gabungan pemerintahan yang diharapkan dengan memperoleh jawatan kanan dalam Parti Golkar.


Encik Jokowi, yang masih menjadi ahli PDI-P tetapi menjauhkan diri daripada parti tersebut sejak anak lelakinya dinamakan sebagai calon naib presiden enggan menjawab soalan mengenai spekulasi bahawa beliau merancang menyertai Golkar.

Pengerusi Golkar, Dr Airlangga Hartarto, dan ahli-ahli kanan parti lain telah menyambut baik idea penyertaan Encik Jokowi itu.

Namun, penganalis tidak yakin bahawa Encik Jokowi pasti mempunyai kedudukan utama dalam gabungan pemerintahan dan tidak pasti berapa lama pakatan Prabowo-Jokowi akan berkekalan.

“Tiada jaminan bahawa hubungan antara kedua-dua pihak akan terus harmoni,” kata penganalis, Encik Kennedy Muslim, dari syarikat penyelidikan Indikator Politik Indonesia.

“Prabowo bukan jenis Presiden yang suka diarahkan apa yang perlu dilakukan.”

Encik Kennedy berkata hubungan yang tidak stabil antara kedua-dua itu akan membahayakan gabungan dengan memecahkan kepada dua kumpulan, satu setia kepada Encik Prabowo, yang lain kepada Encik Jokowi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >