Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parti Jeneral Prayut akan gabung dengan Pheu Thai sertai perikatan

Aug 18, 2023 | 06:53 PM



BANGKOK: Parti bekas perdana menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-O-cha, United Thai Nation (UTN) berkata akan menyertai perikatan yang dipimpin Parti Pheu Thai, dan akan menyelesaikan “butir-butir penyertaan perikatan” sebelum pengundian memilih seorang perdana menteri.

Parti itu hanya mengenakan satu syarat sahaja, iaitu Seksyen 112 Kanun Jenayah (berkaitan raja) tidak akan dipinda, kata jurucakap UTN, Encik Akaradet Wongpitakrote, pada Khamis. Parti Pheu Thai telah bersetuju dengan syarat itu, ujar beliau.

Beliau menafikan kononnya UTN mendesak parti Pheu Thai supaya diberikan jawatan menteri tenaga,

Dari sekarang hingga Selasa, apabila pengundian memilih perdana menteri telah dijadualkan, beberapa rundingan akan diadakan mengenai “butir-butir penyertaan perikatan,” kata Encik Akaradet.

“Undi kami berjumlah 36 itu bersedia untuk memberi sokongan terhadap calon perdana menteri dari Parti Pheu Thai. Kami mahukan supaya kerajaan segera dibentuk. Kami ingin mewujudkan pemulihan,” ujarnya dipetik akhbar Bangkok Post .


Sekiranya Pheu Thai mengesahkan penyertaan UTN dalam perikatannya, perkembangan itu boleh dilihat sebagai “berpaling muka” sepenuhnya.

Ini kerana sebelum ini para pemimpin parti itu kerap mengatakan mereka tidak akan bekerjasama dengan “uncles” - merujuk kepada Jeneral Prayut, yang memimpin satu gerakan menggulingkan pentadbiran Pheu Thai pada 2014, dan rakannya, Jeneral Prawit Wongsuwon, ketua Parti Palang Pracharath yang mempunyai 40 kerusi dalam parlimen.

Terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Pheu Thai memerlukan sokongan parti Palang Pracharath bagi memberinya majoriti yang selesa iaitu lebih 300 kerusi dalam parlimen yang mempunyai 500 kerusi itu.

Bagaimanapun, Pheu Thai mengatakan ia tidak akan membuat sebarang tawaran bagi jawatan kabinet, sebelum pengundian itu dijalankan, sekalipun ahli perikatan yang baru, Parti Bhumjaithai yang mempunyai 71 kerusi, berulang kali meminta supaya mereka diberi jaminan tentang apa yang boleh mereka perolehi.

Menurut berita-berita yang berlegar, parti-parti yang menyertai perikatan itu masing-masing meminta sekurang-kurangnya diberi satu jawatan menteri bagi setiap sembilan kerusi yang mereka ada.

UTN ditubuhkan khusus untuk memberi laluan supaya Jeneral Prayut kekal memegang jawatan. Beliau tidak menjadi anggota parti itu tetapi bertindak sebagai penasihat dan sebagai salah satu daripada dua calon perdana menteri yang telah dinamakan. Seorang lagi adalah ketua parti UTN, Encik Pirapan Salirathaavibhaga.

UTN memperoleh hanya 23 kerusi dalam pilihan raya umum pada 14 Mei lalu, tetapi populariti bekas perdana menteri itu membolehkan beliau mendapat undi ketiga terbesar, iaitu 4.7 juta undi - di belakang parti Move Forward (14.4 juta) dan Pheu Thai (10.9 juta). - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >