Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parti Move Forward, Pheu Thai bahagi jawatan timbalan speaker bagi elak tikai

Jul 05, 2023 | 05:56 PM



BANGKOK: Parlimen Thailand yang baru dibentuk telah memilih Speaker Dewan dan timbalannya pada Selasa, sekali gus meletakkan perikatan pimpinan Parti Move Forward (MFP) selangkah lagi untuk mencapai matlamatnya membentuk sebuah kerajaan baru negara itu.


Perikatan lapan parti yang membentuk majoriti di Parlimen dengan 312 Anggota Parlimen (AP) itu berhasil memilih seorang ahli politik veteran, Encik Wan Muhamad Noor Matha daripada Parti Prachachat, untuk jawatan tertinggi dalam dewan perundangan Thailand itu, lapor The Straits Times.


AP berusia 79 tahun itu, yang menjadi Speaker Dewan dan timbalan perdana menteri semasa pentadbiran lalu, tidak dicabar oleh parti di luar perikatan tersebut, yang juga sebahagian daripada 500 anggota Dewan Perwakilan itu.

Bagaimanapun, pemilihan jawatan Timbalan Pertama Speaker Dewan merupakan persaingan antara anggota MFP, Encik Padipat Suntiphada, dan Parti Bersatu Thai (UTN), Encik Witthaya Kaewparadai.

Encik Padipat, 42 tahun, menang dengan mendapat 312 undi daripada 496 anggota dewan yang mengundi. Encik Witthaya mendapat 105 undi. Terdapat 77 undi berkecuali dan dua undi rosak.

Parti UTN, dengan pemimpinnya yang termasuk Perdana Menteri, Encik Prayut Chan-o-cha yang akan melepaskan jawatan tersebut, hanya memperoleh 36 kerusi dalam pilihan raya yang berlangsung pada Mei lalu.

Encik Pichet Chuamuangphan, 60 tahun, daripada Parti Pheu Thai, dilantik sebagai Timbalan Kedua Speaker Dewan, tanpa menerima cabaran.

Speaker Dewan mengendalikan sidang parlimen dan mengurus perkara berkaitan pentadbiran dan undang-undang. Ini termasuk menentukan bila parlimen akan memilih seorang perdana menteri, dengan undi dijangka diadakan pada pertengahan Julai ini.

Selepas pengundian itu, menurut laporan media setempat, Encik Wan Muhamad akan melepaskan jawatannya selaku pemimpin Parti Prachachat, kerana seorang Speaker Dewan tidak boleh menjadi anggota jawatankuasa eksekutif sebarang parti politik.

Pemilihan calon oleh perikatan itu bagi jawatan Speaker Dewan dilihat sebagai suatu kemenangan bagi perikatan tersebut dan menandakan berakhirnya perebutan selama beberapa minggu antara MFP dengan Pheu Thai.

Mereka terjebak dalam sengketa apabila kedua-dua pihak mahukan anggota mereka memegang jawatan Speaker Dewan, sekali gus menimbulkan kekhuatiran bahawa perikatan itu akan berpecah sebelum membentuk sebuah kerajaan.

Akhirnya, pihak itu mencapai kesepakatan memilih pihak ketiga, Encik Wan Muhamad, bagi jawatan tersebut

Parti Prachachat pimpinan Encik Wan Muhamad, yang berpangkalan di selatan Thailand, ialah blok ketiga terbesar dalam perikatan itu, dengan sembilan AP.

Mereka turut bersetuju membahagikan peranan Timbalan Speaker Dewan antara MFP dengan Parti Pheu Thai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >