Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parti orak langkah hadapi pertarungan

Oct 15, 2022 | 05:30 AM



PEMBUBARAN Parlimen Malaysia bagi penggal ke-14 menyaksikan rakyat melihat parti-parti bertanding menyatakan dengan penuh yakin akan kesiapsiagaan mereka merebut kesemua 220 kerusi yang ditawarkan bagi pilihan raya umum (PRU) untuk penggal ke-15 ini.



Meskipun demikian, pemeriksaan Berita Harian mendapati Barisan Nasional (BN) kelihatan lebih bersedia dengan strategi dan gerak kerja jentera bagi memenangi majoriti kerusi dalam ibu segala pilihan raya yang dijangkakan berlangsung pada awal bulan depan.



Ini memandangkan pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno pada Isnin lalu, mengumumkan keputusan mengangkat manifesto pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor yang lalu "Kestabilan Dan Kemakmuran" sebagai tema utama manifesto bagi PRU-15.



BN merangkumi empat parti - Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno), Kongres India Se-Malaysia (MIC), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).



Pasca PRU-14 menyaksikan BN - yang menguasai 42 kerusi parlimen bagi penggal lalu - terus mengukuhkan kedudukan sehingga memperolehi kemenangan besar dalam PRN Melaka dan Johor.



Lebih menyerlah lagi, ia bukan sahaja kembali menerajui kerajaan campuran selepas tewas dalam PRU 2018, malah berbekalkan kelebihan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dikekalkan sebagai 'wajah' BN untuk pilihan raya kali ini dan sebagai perdana menteri sekiranya ia berjaya memenangi majoriti kerusi - sekali gus memberi isyarat BN menjamin kesinambungan dan kestabilan politik.



BN juga menjanjikan 30 peratus calon untuk PRU kali ini terdiri daripada calon wanita dan dijangkakan separuh daripada calon-calon bertanding adalah muka baru.



"Umno berpendirian pembubaran Parlimen adalah merupakan jalan terbaik memandangkan wakil parti-parti yang membentuk kerajaan campuran sebelum ini makin jelas tidak memperlihatkan solidariti terhadap Perdana Menteri dalam mentadbir negara.



"Malah mengisytiharkan Umno dan BN sebagai musuh utama hanya lebih menzahirkan tiadanya kepercayaan dan rasa hormat kepada Umno yang menerajui Kerajaan," kata Datuk Zahid dalam kenyataannya di Facebook.



Gagasan Pakatan Harapan yang didukung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) mulanya berjaya meraih kerusi majoriti - dengan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) - pada PRU-14, dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri ketujuh.



Namun, kelangsungan pentadbiran PH selama 22 bulan ranap akibat kucar-kacir politik selepas Bersatu bertindak keluar daripada PH.



Ketika ini, pemimpin PKR juga Ketua Pembangkang dalam penggal parlimen lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan PH yang meraih 101 kerusi di akhir penggal lalu bersedia menghadapi PRU-15.



"Kami telah bersedia untuk berhadapan dengan gerombolan yang telah mencurangi mandat pilihanraya umum yang lalu.



"Kami juga bersedia untuk memungkinkan sebuah masa depan yang mampan, makmur serta sebuah pemerintah yang benar-benar prihatin dan punyai sikap belas kepada nasib dan kebajikan rakyat," katanya di Facebook.



Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, mendedahkan kepada media tempatan, calon Perdana Menteri dari PH sekiranya gabungan itu memenangi PRU-15, manifesto, pembahagian kerusi, lagu tema, dan maskot akan diumumkan secara rasmi menerusi Konvensyen PH Nasional pada 29 Oktober ini di Pusat Konvensyen Ipoh, Perak.



Menyentuh tentang manifesto, Pengarah Komunikasi PH, Encik Fahmi Fadzil berkata, mereka akan 'menyajikan' manifesto realistik menyentuh kebajikan rakyat, meliputi gaji dan pekerjaan mereka.



Sementara itu, Perikatan Nasional yang didukung parti Bersatu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SPP) menzahirkan keyakinan akan meraih keputusan yang baik dalam pilihan raya kali ini.



Gagasan yang mempunyai 38 kerusi dalam penggal lalu telah memerintah selama 17 bulan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui pentadbiran negara antara Mac 2020 dengan Ogos 2021 namun tumbang di tengah-tengah pandemik Covid-19 selepas BN menarik balik sokongan ke atas mereka.



Tan Sri Muhyiddin dalam Facebook berkata: "Perikatan Nasional juga sudah bersedia dengan tawaran baru yang lebih baik untuk rakyat selari prinsip PN yang sentiasa mengutamakan rakyat jika menang nanti.



PN dijangka mengumumkan manifesto tidak lama lagi.



Malah, pemilihan calon juga sedang berjalan dengan proses saringan rapi dibuat "bagi memastikan mereka bersih dan istiqamah", kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang ditukil Berita Harian Malaysia (BHM) kelmarin.



"Saya percaya rakyat akan memilih PN kerana ia merupakan pilihan terbaik masa ini berbanding Pakatan Harapan yang terkenal kerana tidak menyempurnakan janji manakala Umno dan Barisan Nasional pula sudah terpalit dan bergelumang dengan isu rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa, insya-Allah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >