Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parti pemerintah akan meterai perjanjian pastikan kestabilan kerajaan

Dec 07, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Parti-parti perikatan yang memerintah Malaysia akan menandatangani satu perjanjian bersama untuk memastikan kemantapan Kerajaan Perpaduan yang baru dibentuk mereka, sekali gus memperkukuh kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang undi yakin Parlimen bulan ini.



Perjanjian itu akan dimeterai sebaik sahaja semua parti Pakatan Harapan (PH) itu selesai menetapkan syarat-syaratnya, kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dalam satu sidang media di Putrajaya semalam.



Datuk Anwar, yang dilantik selaku Perdana Menteri bulan lalu, beberapa hari selepas Parlimen negara itu tergantung buat kali pertama setelah tiada parti atau gabungan parti memenangi majoriti mudah dalam Pilihn Raya Umum ke-15 bulan lalu untuk membentuk sebuah kerajaan.



Beliau kini menerajui kerajaan yang terdiri daripada empat kumpulan parti politik, dan bersedia menghadapi ujian terhadap kekuatannya di Parlimen dalam satu undi yakin pada 19 Disember.



Langkah undi yakin itu dilihat sebagai satu risiko jika Datuk Anwar tidak mendapat jumlah majoriti mudah kerusi sebanyak 112. Sekiranya itu terjadi, beliau terpaksa melepaskan jawatannya - yang belum sebulan disandangnya, tempoh paling pendek dalam sejarah Malaysia.



Yang diPertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah, kemudian akan membuat pilihan pemimpin baru yang difikirkan mempunyai sokongan majoriti.



Bagaimanapun, Datuk Anwar boleh menyarankan kepada Agong supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya sekali lagi. Ia bergantung pada sama ada Agong berasa itu huraian terbaik untuk negara.



Datuk Zambry berkata perjanjian yang dirancangkan itu boleh mewujudkan keyakinan lebih besar dalam pentadbiran Datuk Anwar.



"Kita harus mengambil berat terhadap semua parti dalam kerajaan perikatan ini," ujarnya.



Sementara itu, Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli, berkata syarat utama perjanjian itu ialah kerajaan perpaduan akan kekal memerintah sepenuh penggal dan ia tidak akan dibubarkan sebelum tamat tempohnya.



Encik Rafizi, yang juga timbalan presiden PH berkata perjanjian itu akan melakar dengan jelas mekanisme menguruskan perbezaan dalm kalangan parti terlibat, dan mewajibkan semua anggota parlimen (AP) yang menandatanganinya harus menyokong kerajaan perpaduan itu.



Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bersama BN semalam.



"Kami berharap perjanjian itu akan dapat disiapkan untuk ditandatangani minggu depan, kita akan mempunyai sebuah kerajaan perpaduan dengan majoriti dua pertiga yang mematuhi perjanjian itu," katanya.



Menurut beliau, perjanjian itu akan ditandatangani secara terbuka dan kemudian diumumkan kepada awam.



"Kita mahu orang ramai mengetahui apa yang terkandung dalam perjanjian itu dan apa yang telah dipersetujui antara semua parti dalam kerajaan perpaduan ini," jelasnya.



Encik Rafizi enggan memberi butir-butir perkara yang dibincangkan kecuali menyatakan ia termasuk topik seperti isu menggubal dasar berkaitan pendidikan, ekonomi dan agama, yang harus dipersetujui secara prinsip, dan pembahagian kuasa, agar tiada pihak akan diketepikan.



"Kami ingin memastikan semua pihak bersetuju atas dasar dan prinsip yang sama berkaitan tatalaku pemerintahan," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >