Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parti PM Albanese dahului tipis dalam kiraan awal undian pilihan raya

Apr 22, 2025 | 12:49 PM
Sokongan terhadap Perdana Menteri Australia, Encik  Anthony Albanese, telah melonjak dalam tinjauan populariti daripada defisit enam mata terhadap gabungan konservatif Encik Peter Dutton yang menentangnya dalam pilihan raya di negara itu.
Sokongan terhadap Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese, telah melonjak dalam tinjauan populariti daripada defisit enam mata terhadap gabungan konservatif Encik Peter Dutton yang menentangnya dalam pilihan raya di negara itu. - Foto: Reuters

SYDNEY: Pengundian awal dalam pilihan raya Australia bermula pada 22 April, dengan parti Buruh berhaluan tengah pimpinan Perdana Menteri Anthony Albanese mendahului kemenangan tipis ke atas pakatan pembangkang konservatif.

Peningkatan berterusan dalam pengundian awal dan secara pos, bermakna sebanyak separuh daripada warga Australia yang layak akan membuang undi mereka sebelum tarikh pilihan raya 3 Mei, menurut data daripada suruhanjaya pilihan raya negara itu.

Pengundian awal berlangsung ketika Parti Liberal pimpinan Encik Peter Dutton berdepan kemerosotan sokongan, di tengah usaha giat untuk menjauhkan imej ideologi parti itu daripada kaitannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump.

Encik Dutton terpaksa mengetepikan dasar yang memerlukan pekerja pemerintah persekutuan kembali ke pejabat sepenuh masa sambil memotong puluhan ribu pekerjaan sektor awam.

Dasarnya itu dilihat mengambil inspirasi daripada Encik Trump dan Jabatan Kecekapan Pemerintah (Doge) Amerika yang ditubuhkan oleh Encik Elon Musk.

Sokongan terhadap Encik Albanese telah melonjak dalam tinjauan pendapat daripada defisit enam mata berbanding gabungan konservatif Encik Dutton pada Januari kepada sebanyak sembilan mata pada awal April.

Tinjauan dari Newspoll yang dikeluarkan pada 20 April menunjukkan Parti Buruh mendahului empat mata ke atas pembangkang apabila undi daripada parti yang lebih kecil diagihkan semula sebagai sebahagian daripada sistem pengundian negara itu.

“Tiada rasa puas hati dari kem saya, saya memberi jaminan kepada anda tentang itu. Pilihan raya ini adalah untuk kami rebut,” kata Encik Albanese dalam sidang akhbar pada 21 April.

Beliau merujuk kepada pilihan raya persekutuan 2019, apabila beberapa firma pertaruhan membuat pembayaran awal atas kemenangan Parti Buruh, dalam pilihan raya yang akhirnya dimenangi oleh pemimpin Parti Liberal Encik Scott Morrison.

Kempen pilihan raya, di mana pengundian diwajibkan bagi warga Australia berusia lebih 18 tahun, dijangka akan ditamatkan pada 22 April berikutan kematian Paus Francis sehari sebelumnya.

Encik Dutton dan Encik Albanese dijadualkan bertemu dalam perbahasan pilihan raya ketiga dan terakhir yang disiarkan pada petang 22 April. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg