Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parti politik M'sia hampir selesai pilih calon pilihan raya

Oct 16, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Parti-parti politik di Malaysia kini berada di peringkat akhir dalam mengesahkan calon-calon yang bakal dipilih untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan depan.



Parti Amanah Negara (Amanah) mendedahkan ia hampir selesai memilih calon dan tinggal dua lagi kerusi yang belum diputuskan jika diberikan kepada parti itu.



Presiden Amanah, Encik Mohamad Sabu, berkata sebahagian besar proses pembahagian kerusi komponen Pakatan Harapan (PH) sudah dimuktamad.



"Kita sudah 98 peratus selesai membuat pembahagian kerusi membabitkan semua kawasan yang ingin ditandingi Amanah. Cuma tinggal satu atau dua lagi kerusi yang belum dimuktamadkan calonnya," katanya semasa ditemui media di Kepala Batas, Pulau Pinang, malam kelmarin.



Keputusan mengenai agihan kerusi bersama Perikatan Nasional (PN) pula akan ditentukan sebelum Jumaat ini, kata Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.



Menteri Besar Terengganu itu menjelaskan, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat tertinggi PAS dan rakan gabungan PN.



"Kerusi PRU15, bukan sahaja di Terengganu, bahkan di seluruh Malaysia, akan dibincangkan dan diselesaikan dalam tempoh seminggu lagi.



"Maknanya, sebelum Jumaat ini dalam mesyuarat khas perbincangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen," katanya.



Barisan Nasional (BN) juga dilihat giat dalam usaha mengenal pasti calon untuk dipertandingkan dengan badan-badan perhubungan negeri telah mengemukakan senarai calon.



BN Melaka menjadi antara negeri terawal menyerahkan nama calon kepada pucuk pimpinan parti.



BN dijangka membayangkan akan mempertaruhkan 21 muka baru bagi kerusi Parlimen di Selangor, sementara gabungan muka baru dan calon berpengalaman menjadi taruhan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang untuk mewakili parti itu.



"Di Selangor, kalau (kerusi) Parlimen mana ada muka lama. Saya seorang sahaja. Yang lain muka kalah. Jadi kalau Selangor ini yang lain muka baru sebab semua kalah," katanya, yang ditukil FreeMalaysiaToday pada sidang media selepas Majlis Pelancaran RAKYATpreneur dan Bank Rakyat UNIpreneur bagi tahun 2022, pada Selasa lalu.



Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, dipetik AstroAwani sebagai berkata semalam, senarai calon terdiri dari gabungan 60 peratus muka baru dan 40 peratus calon berpengalaman itu akan dimuktamadkan pucuk pimpinan parti sebelum diumumkan.



Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga naib presiden Umno menegaskan, BN mesti menang besar pada PRU15 untuk menjadi dominan dan membolehkan keputusan penting dilaksanakan dengan mudah.



Beliau berkata kemenangan BN, ditambah dengan kerjasama parti dari Sabah dan Sarawak, dapat menghilangkan keadaan tidak stabil, selain tidak lagi perlu mengharap ihsan parti lain.



"Ketika ini, walaupun saya Perdana Menteri, BN dalam kerajaan hanya menyumbang 42 kerusi. Tak banyak. Betul mereka (pembangkang) setuju dengan saya sebagai Perdana Menteri, namun kita rasa tak kuat. Tumbang atau tidak kerajaan, kalau ada lima yang tarik (sokongan) boleh tumbang. Sentiasa rasa tak stabil.



"Pembangkang sudah tandatangan perjanjian memorandum persefahaman, tetapi jika mereka tidak sokong dalam Parlimen semasa mengundi, juga kita tak boleh menang. Kita ini mengharapkan undi dia. Jadi yang terbaik ialah jangan mengharap orang tetapi kita sendiri yang menentukan hala tuju negara," katanya, yang ditukil Berita Harian Malaysia semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Bera, Pahang, semalam. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >