Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parti terbesar Indonesia, PDI-P, mahu siasat dakwaan penyelewengan pilihan raya

Feb 27, 2024 | 02:07 PM



JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), parti terbesar di Indonesia, sedang berusaha menjalankan siasatan perundangan terhadap dakwaan pelanggaran berkaitan Pilihan Raya Presiden pada 14 Februari.


Ia juga merancang memfailkan kes ke mahkamah tertinggi, kata seorang pegawai kanan parti itu pada 26 Februari.

PDI-P menyokong pencalonan mantan gabenor wilayah Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo, untuk jawatan presiden.

Gandingan calon presiden, Encik Ganjar, dan calon naib presaiden, Encik Mahfud MD, memperoleh satu pertiga undi pada pilihan raya itu, jauh di belakang calon presiden, Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto, pemenang jelas mengikut pengiraan undi tidak rasmi dan pengiraan awal yang dijalankan oleh badan pilihan raya.

“Kami mendapati terdapat salah guna kuasa, daripada aspek undang-undang hingga penggunaan kemudahan negara,” kata Setiausaha Agung PDI-P, Encik Hasto Kristiyanto, kepada Reuters, tanpa memberi butiran atau bukti untuk menyokong dakwaan itu.


Istana presiden tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas mengenai dakwaan atau siasatan yang dirancang.

Walaupun pelbagai tuduhan dibuat oleh beberapa pihak, tiada satu pun yang memberikan butiran atau perincian tentang pelanggaran yang didakwa itu.

Walaupun Mahkamah Perlembagaan lazimnya mengendalikan pertikaian pilihan raya, Parlimen Indonesia mempunyai kuasa untuk menjalankan penyiasatan mengenai dasar pemerintah atau pelaksanaan peraturan tertentu, dan boleh meneliti tingkah laku pegawai awam, termasuk presiden.

Encik Hasto berkata PDI-P dan penyokong lain Encik Ganjar akan memfailkan kes berhubung dakwaan pelanggaran pilihan raya kepada Mahkamah Perlembagaan, tetapi tidak memberikan tempoh tindakan itu akan dilakukan.

Beliau berkata siasatan itu bertujuan untuk memelihara demokrasi.

“Jika kita tidak melakukan pembetulan menyeluruh ini, maka apa gunanya mengadakan pilihan raya pada masa hadapan?” katanya, sambil menambah bahawa ia tidak bertujuan untuk mendakwa Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, yang lebih dikenali dengan panggilan Jokowi.

Parlimen Indonesia akan bersidang semula pada Mac dan untuk siasatan dilancarkan, ia mesti diluluskan lebih separuh daripada penggubal undang-undang yang hadir pada sidang pleno.

Encik Prabowo nampaknya telah menyapu bersih pilihan raya 14 Februari dengan hampir 60 peratus undi, dirangsang oleh sokongan secara tidak langsung Encik Jokowi, yang menghadapi dakwaan yang semakin meningkat mengenai pelanggaran etika dan campur tangan dalam pilihan raya.

Dakwaan itu dinafikan sekutu Encik Jokowi.

Rancangan PDI-P disokong sebuah lagi parti pro-Ganjar dan mendapat sokongan daripada tiga pihak yang menyokong seorang lagi calon presiden, Encik Anies Baswedan.

Jika digabungkan, mereka mempunyai majoriti dengan 314 daripada 575 kerusi.

Encik Hermawi Taslim, pegawai tertinggi parti NasDem, yang menyokong Encik Anies, berkata pihaknya menyokong rancangan PDI-P itu.

“Siasatan diperlukan supaya pemerintah yang akan datang adalah sah,” tambahnya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >