Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PAS Perak gesa semua pihak hormati hak Islam, sensitiviti kaum Melayu

Feb 15, 2023 | 05:30 AM



IPOH: Parti Islam SeMalaysia (PAS) Perak menggesa semua pihak menghormati hak orang Islam dan sensitiviti kaum Melayu.



Pengerusi PAS Perak, Encik Razman Zakaria, memetik Perlembagaan Persekutuan, undang-undang Malaysia dan "asas perjanjian kaum yang membentuk kemerdekaan" tanpa memberikan butiran lanjut mendakwa perkara ini termasuklah keistimewaan orang Melayu "dalam perkhidmatan awam".



Beliau meminta semua parti politik menjunjung perlembagaan negara dan menghormati asas perjanjian kaum yang membentuk kemerdekaan.



Encik Razman berkata, semua hak yang termaktub dalam perlembagaan itu adalah satu persefahaman dibina untuk pembentukan negara.



Menurutnya, sebarang usaha menyentuh perkara berkaitan hanya akan menggugat keselamatan negara dan keharmonian masyarakat.



Komposisi etnik perkhidmatan awam menjadi isu kontroversi selepas Timbalan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Dr P Ramasamy, menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merungkai dasar "penguasaan Melayu" dalam sektor awam.



Bagaimanapun, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat, menafikan wujudnya kuota berasaskan kaum semasa proses pengambilan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam.



Encik Razman, dalam satu kenyataan pada Isnin, berkata:



"Semua hak yang telah termaktub hendaklah dipatuhi dan dihormati... mempertikaikan hak orang Islam dan sensitiviti orang Melayu mestilah dielakkan.



"Mengkritik amalan agama Islam, mempertikaikan tulisan Jawi, keistimewaan orang Melayu seperti dalam perkhidmatan awam, peruntukan Islam sebagai agama negara serta kedaulatan institusi raja Melayu adalah perkara yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dan menggugat keselamatan negara."



Dalam masa yang sama, Encik Razman turut menjawab kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP di Perak, Encik Aziz Bari, yang ditujukan kepada Encik Razman, yang telah memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Anwar dalam kes saman fitnah di Mahkamah Tinggi Taiping.



Saman berkenaan berhubung ucapan Encik Razman yang didakwa mengaitkan Anwar membawa agenda songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).



Encik Aziz berkata beliau mengambil maklum mengenai "kegiatan menyebar politik kebencian atas nama agama dan bangsa".



"Ini termasuklah tuduhan liar mempromosikan LGBT atas nama mempertahankan akidah umat Islam," kata Encik Aziz.



Encik Razman membalas dengan berkata bahawa PAS Perak sentiasa memantau perkembangan politik negara khususnya di negeri itu.



"PAS juga mengikuti secara serius budaya politik yang dibawa DAP serta mengambil maklum sebaran media dari Adun Melayu yang mewakili DAP di Perak," tambah Encik Razman. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >