Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

205j pengundi Indonesia pilih presiden baru

Feb 13, 2024 | 6:07 PM
Seorang petugas membawa peti undi pada 13 Februari untuk diedarkan ke pusat mengundi di pusat pengedaran menjelang pilihan raya presiden di Jakarta. Pilihan raya di Indonesia diadakan pada 14 Februari.
Seorang petugas membawa peti undi pada 13 Februari untuk diedarkan ke pusat mengundi di pusat pengedaran menjelang pilihan raya presiden di Jakarta. Pilihan raya di Indonesia diadakan pada 14 Februari. - Foto REUTERS

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia sedang membuat persiapan terakhir menjelang pilihan raya pada 14 Februari, dengan kira-kira 25,000 anggota polis dikerahkan untuk memastikan keselamatan acara demokrasi itu.

Hampir 205 juta pengundi berdaftar untuk mengundi dan memilih tiga calon presiden bagi menggantikan Presiden Joko Widodo (dikenali juga dengan panggilan Jokowi) yang bakal tamat tempoh penggal presidennya tahun ini.

Tiga calon itu ialah menteri pertahanan Encik Prabowo Subianto, mantan Gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan, dan mantan Gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo.

Presiden Jokowi telah menerajui Indonesia ke arah pertumbuhan ekonomi yang stabil dalam keadaan negara agak aman sepanjang tempoh satu dekad di negara yang kaya dengan mineral dan mempunyai seramai 270 juta penduduk.

Dua tinjauan pendapat dilakukan pada minggu lalu mengunjurkan Encik Prabowo, yang melakukan usaha ketiganya untuk menjadi presiden, boleh memperoleh lebih 50 peratus undian pada 14 Februari, membolehkannya menang dalam satu pusingan.

Pesaing Encik Anies dan Encik Ganjar pula masing-masing kira-kira 27 dan 31 mata di belakang Encik Prabowo.

Menganjurkan pilihan raya adalah satu tugas besar di Indonesia.

Negara dengan lebih 17,000 pulau itu merentasi tiga zon masa dan jarak yang serupa dengan seluruh Amerika Syarikat.

Pegawai pilihan raya terpaksa menghantar peti dan kertas undi ke kawasan jauh termasuk kawasan pedalaman, dalam sebilangan kes merangkumi perjalanan berjam-jam dengan bot, helikopter atau kereta lembu.

Namun kempen pilihan raya kali ini turut dicemari dengan beberapa isu kontroversial termasuk kritikan sebilangan pihak berkaitan campur tangan politik dan layanan berat sebelah Presiden Jokowi yang dikatakan berkempen secara senyap untuk Encik Prabowo dan anaknya, yang merupakan pasangan Encik Prabowo, Encik Gibran Rakabuming Raka. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg