Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pasaran dunia rapuh dek jangkaan Amerika naikkan kadar faedah

Dec 15, 2015 | 08:14 AM



Pasaran global kini dalam keadaan rapuh sedang Rizab Federal (Fed) Amerika Syarikat bersiap untuk akhirnya menaikkan kadar faedah.


Harga saham dan komoditi merudum kerana pelabur gelisah menjangka kenaikan pertama kadar faedah sejak 2006 itu.


Pengamat pasaran yakin bank pusat Amerika itu akan menaikkan kadar faedah daripada tahap sangat rendah sekarang esok (Khamis pagi waktu Singapura), sebagai tanda pemulihan ekonomi sejak krisis kewangan global.


Pedagang pelaburan berkata ramai pelabur telah menyusun portfolio mereka setelah menjangka langkah itu, dan sebaliknya akan memberi tumpuan pada komen para pegawai Fed tentang kadar kenaikan kadar masa depan, yang dijangka beransur-ansur.


Namun, masih terdapat kebimbangan kenaikan itu boleh mencetuskan kegawatan pasaran kewangan, dan ketidaktentuan tersebut telah membawa kepada ketakstabilan.


Penanda aras Singapura, Indeks Straits Times (STI), susut 0.69 peratus pada Isnin (14 Dis), melanjutkan penurunan sebanyak 1.54 peratus minggu lalu.


Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.72 peratus selepas menjunam 3.47 peratus minggu lalu.


Pasaran Asia mencerminkan kegelisahan di Wall Street: Dow Jones Industrial Average susut 3.26 peratus minggu lalu, manakala Standard & Poor 500 menjunam 3.8 peratus, penurunan mingguan terbesar sejak Ogos.


Pergolakan ini diikuti kemelut dalam pasaran komoditi, dengan harga minyak sekali lagi jatuh teruk. Harga minyak mentah Brent, penanda aras global, menjunam 12 peratus minggu lepas ke AS$37 setong - kali pertama ia di bawah AS$40 sejak 2009.


Kenaikan kadar faedah meningkatkan nilai dolar Amerika. Apabila dolar naik, komoditi yang dinilai berdasarkan mata wang itu terjejas kerana ia menjadi lebih mahal untuk pengguna mata wang lain.


Selain kenaikan kadar faedah oleh Fed, terdapat spekulasi Iran akan meningkatkan pengeluaran minyak, yang akan hanya menambahkan kepada lebihan bekalannya di dunia.


Sementara itu, dolar Amerika telah meningkat secara umum kerana kenaikan kadar faedah dilihat sebagai nilai tambah bagi mata wang itu.


Dolar Amerika telah meningkat kira-kira 1.15 peratus berbanding dolar Singapura sejak minggu lepas. Satu dolar Amerika kini boleh membeli $1.41.


Menurut akhbar The Straits Times, seorang penganalisis pelaburan di Phillip Futures, Encik Daniel Ang, berkata dolar Amerika dijangka terus kukuh dan mungkin naik melebihi $1.425 berbanding dollar Singapura jika kenaikan kadar faedah menjadi kenyataan.


Pakar ekonomi OCBC Bank, Encik Wellian Wiranto, pula dilaporkan akhbar itu berkata Asia mungkin tidak lama lagi perlu bergelut dengan "potensi realiti baru kecairan lebih rendah, kadar faedah lebih tinggi dan dolar lebih kukuh", yang akan terus menjadikan persekitaran operasi lebih sukar.'


Encik Ang berkata pasaran Singapura boleh terjejas pada Khamis jika kenaikan kadar faedah berlaku. Ini boleh membuat STI jatuh ke bawah 2,800, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >