SYDNEY: Pasaran saham sejagat semalam menjunam setelah rakyat Britain memilih mahu keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau digelar 'Brexit'.
Mata wang paun Britain merudum pada nilai terendah dalam tempoh 31 tahun, dengan saham dan harga minyak turut menunjukkan penurunan di pasaran Asia dalam dagangan tengah hari semalam.