Pasukan pro-Russia terus serang kedudukan askar Ukraine
Badan keselamatan Eropah putuskan gencatan senjata dicabul di beberapa tempat strategik
Feb 25, 2015 | 05:30 AM
KIEV: Pasukan pro-Russia terus berkumpul dekat Mariupol, bandar pelabuhan Ukraine, dan menyerang kedudukan tentera pemerintah Ukraine, meningkatkan kebimbangan mengenai nasib gencatan senjata yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ketegangan yang berterusan bermakna usaha mengundurkan senjata berat sebagaimana dipersetujui tidak dapat diteruskan, kata pegawai Ukraine semalam.