Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Paus Francis kecam ‘penuaian kematian’ ngeri di Gaza

Dec 26, 2023 | 01:37 PM



VATICAN CITY: Paus Francis berkata dalam mesej Krismasnya pada 25 Disember bahawa serangan Israel di Gaza telah menuai “kematian mengerikan” orang awam yang tidak bersalah.


Dalam ucapan Urbi et Orbi (kepada bandar dan dunia) Hari Krismasnya, beliau turut menyifatkan serangan 7 Oktober ke atas Israel oleh pasukan Hamas sebagai “keji” dan sekali lagi merayu pembebasan lebih 100 tebusan Israel yang masih ditahan di Gaza.


Paus Francis, 87 tahun, menyeru agar konflik politik, sosial atau ketenteraan dihentikan, di tempat-tempat termasuk Ukraine, Syria, Yaman, Lebanon, Armenia dan Azerbaijan.

Beliau turut mempertahankan hak golongan pendatang di seluruh dunia.

“Berapa ramai orang yang tidak bersalah disembelih di dunia kita! Dalam rahim ibu mereka, dalam pengembaraan yang dilakukan dalam keadaan terdesak dan demi mencari harapan, dalam kehidupan semua anak-anak kecil yang usia kanak-kanak mereka dimusnah oleh peperangan,’’ tambahnya.

Beliau memberi perhatian khusus pada ‘Tanah Suci’ yang merujuk pada daerah yang sekarang Israel dan Palestin, termasuk Gaza, di mana menurut pegawai kesihatan Palestin, serangan udara Israel di Maghazi pada 24 Disember membunuh sekurang-kurangnya 78 orang dalam salah satu malam paling dahsyat dalam pertempuran antara Israel dengan Hamas, yang telah berlangsung sejak lebih 11 minggu.

“Semoga keamanan kembali di Israel dan Palestin, di mana peperangan telah memusnahkan kehidupan penduduknya,” kata Paus Francis.

Bercakap dari balkoni di Gereja St Peter yang sama tempat beliau pertama kali muncul kepada dunia pada malam pemilihannya pada 13 Mac 2013, Paus Francis berkata “hatinya sedih mengenang mangsa serangan keji 7 Oktober” dan “sekali lagi menggesa pembebasan tebusan”.

Serangan Hamas pada 7 Oktober membunuh lebih 1,400 orang, dengan lebih 240 orang ditahan sebagai tebusan.

Israel bertindak balas dengan pengeboman dan serangan darat hebat berterusan ke atas Gaza, yang dikuasai Hamas, yang menyaksikan lebih 20,000 rakyat Palestin terbunuh sejauh ini.

“Saya merayu agar ditamatkan operasi ketenteraan yang meragut ramai mangsa awam yang tidak bersalah, dan menyeru penyelesaian kepada situasi kemanusiaan yang semakin genting dengan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas,” kata Paus Francis.

Perayaan Krismas di Baitulaham, di Tebing Barat yang dianggap oleh penganut Kristian sebagai tempat kelahiran Nabi Isa, dibatalkan.

Jalan-jalan bandar yang biasanya meriah itu hanya mempunyai segelintir penduduk dan pelancong. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >