Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB: Serangan Israel di Rafah boleh sebabkan ramai maut

Feb 14, 2024 | 01:35 PM



NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 13 Februari memberi amaran bahawa serangan tentera Israel ke atas Rafah di Jaluran Gaza boleh “mengakibatkan pembunuhan” ramai penduduk di wilayah selatan itu yang menjadi tempat lebih sejuta penduduk Palestin berlindung.


Israel mendakwa serangan itu perlu dilakukan bagi mengusir dan menghapuskan militan Hamas yang bersembunyi di Rafah dan membebaskan tebusan Israel yang ditahan di sana.

Oleh itu, tentera Israel sedang membuat rancangan untuk memindahkan orang awam Palestin daripada wilayah yang dikatakan kubu terakhir Hamas.

Ketua bantuan PBB, Encik Martin Griffiths, berkata operasi ketenteraan di Rafah boleh membawa kepada ‘penyembelihan’ ramai penduduk di Gaza.

“Kami kekurangan jaminan keselamatan, bekalan bantuan dan kapasiti kakitangan untuk mengekalkan operasi ini.

“Masyarakat antarabangsa telah memberi amaran terhadap bahaya sebarang pencerobohan darat di Rafah. Pemerintah Israel tidak boleh terus mengabaikan seruan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Rundingan gencatan senjata di Gaza yang melibatkan Amerika Syarikat, Mesir, Israel dan Qatar tidak membuahkan hasil pada 13 Februari sedang seruan semakin meningkat supaya Israel tidak meneruskan serangan ke atas Rafah seperti yang dirancangnya.

“Harapan ikhlas saya ialah rundingan untuk pembebasan tebusan dan beberapa bentuk pemberhentian permusuhan boleh mengelakkan serangan habis-habisan ke atas Rafah,” kata Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, kepada pemberita pada 13 Februari.

“Itu akan membawa akibat yang dahsyat,” tegasnya.

Peperangan di Gaza tercetus apabila militan Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,400 orang di samping menawan lebih 240 tebusan.

Sebagai tindakan balas, Israel melancarkan pengeboman dan serangan berterusan ke atas Gaza yang menurut pihak berkuasa kesihatan telah membunuh lebih 28,000 rakyat Palestin dengan ribuan lagi dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan.

Lebih separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza berlindung di Rafah, kebanyakan mereka tinggal di dalam khemah sementara di kawasan bersempadan dengan Mesir.

“Mereka mempunyai sedikit makanan, hampir tiada akses kepada rawatan perubatan, tiada tempat tidur, tiada tempat yang selamat untuk dituju,” katanya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >