Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PBB: Tindakan Israel boleh dilihat sebagai jenayah perang

Jun 11, 2024 | 7:42 PM
Sekurang-kurangnya 274 rakyat Palestin maut apabila tentera Israel menyerbu kem pelarian Nuseirat di Rafah, Jaluran Gaza, pada 8 Jun untuk membebaskan empat tebusan
Sekurang-kurangnya 274 rakyat Palestin maut apabila tentera Israel menyerbu kem pelarian Nuseirat di Rafah, Jaluran Gaza, pada 8 Jun untuk membebaskan empat tebusan - Foto REUTERS

GENEVA: Pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 11 Jun menyifatkan tindakan Israel membunuh ratusan rakyat Palestin di Gaza, dalam usaha membebaskan empat tebusan di kawasan yang sesak dengan penduduk di Rafah, boleh dilihat sebagai satu jenayah perang.

Israel berkata operasi itu, disertai dengan serangan udara, berlaku pada 8 Jun lalu di tengah-tengah kejiranan di Nuseirat, di mana pergerakan Hamas dipercayai telah menahan tebusan di dua blok pangsapuri berasingan.

Operasi itu membunuh lebih 270 rakyat Palestin, menurut pegawai kesihatan Gaza.

“Cara serbuan dilakukan di kawasan yang padat penduduknya menimbulkan persoalan sama ada prinsip perbezaan, perkadaran dan langkah berjaga-jaga – seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang perang – dihormati oleh tentera Israel,” kata Encik Jeremy Laurence, jurucakap pejabat hak asasi manusia PBB.

Encik Laurence menambah penahanan tebusan di kawasan padat penduduk sedemikian oleh kumpulan bersenjata “meletakkan nyawa orang awam Palestin, dan juga tebusan itu sendiri, dalam risiko tambahan sewaktu serangan yang dilakukan”.

“Semua tindakan ini, oleh kedua-dua pihak, mungkin boleh dilihat sebagai jenayah perang,” katanya.

Serangan Israel ke atas Gaza menyusuli tindakan Hamas pada 7 Oktober 2023, telah membunuh lebih daripada 37,000 rakyat Palestin.

Hamas telah mengambil sekitar 250 tebusan pada tarikh itu.

Daripada jumlah tersebut, lebih 100 daripada tebusan itu telah dibebaskan sebagai pertukaran bagi sekitar 240 warga Palestin yang ditahan di penjara Israel semasa gencatan senjata selama seminggu pada November 2023.

Dilaporkan terdapat 116 tebusan yang masih berada di Gaza, menurut Israel, termasuk sekurang-kurangnya 40 yang telah diisytiharkan oleh pihak berkuasa Israel mati tanpa sebarang bukti yang dapat diperoleh. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg