Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Raja Salman undang 1,000 lagi rakyat Palestin tunai haji

Jun 11, 2024 | 11:21 AM
Jemaah berjalan di Masjidil Haram, menjelang ibadah haji di Makkah pada 9 Jun sedang kerajaan Arab Saudi mengumumkan rancangan mengundang 1,000 lagi anggota keluarga warga Palestin yang terkorban atau cedera di Gaza untuk menunaikan ibadah haji. 
Jemaah berjalan di Masjidil Haram, menjelang ibadah haji di Makkah pada 9 Jun sedang kerajaan Arab Saudi mengumumkan rancangan mengundang 1,000 lagi anggota keluarga warga Palestin yang terkorban atau cedera di Gaza untuk menunaikan ibadah haji.  - Foto REUTERS

MAKKAH: Arab Saudi akan mengundang 1,000 lagi anggota keluarga warga Palestin yang terkorban atau cedera di Gaza untuk menunaikan ibadah haji pada 2024.

Saudi Press Agency (SPA) melaporkan Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi mengumumkan inisiatif itu di bawah titah, Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Pada Mei, Putera Mahkota Mohammed Salman, mengundang 1,000 warga Palestin menunaikan haji pada 2024, menjadikan jumlah keseluruhan yang dijemput kepada 2,000 anggota jemaah.

Pada Mei juga, beliau turut mengundang 1,300 anggota jemaah dari lebih 88 negara dan 22 anggota jemaah daripada keluarga kembar siam yang dipisahkan di Arab Saudi, untuk melaksanakan haji pada 2024.

Undangan itu adalah sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah di bawah Inisiatif Penganjuran untuk Jemaah Haji daripada Keluarga Syahid dan Yang Cedera dari Semenanjung Gaza.

Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan, Encik Abdullatif Abdulaziz Al Al-Sheikh, yang menyelia program itu melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan beliau kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman.

Beliau memuji langkah mulia itu yang mencerminkan keprihatinan dan penjagaan berterusan baginda terhadap rakyat Palestin dan menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kerajaan terhadap perjuangan Palestin di semua peringkat.

“Isyarat kemanusiaan ini bukanlah perkara asing bagi kerajaan, yang telah berdiri bersama rakyat Palestin sejak zaman pengasas Raja Abdulaziz hingga ke era Penjaga Dua Masjid Suci dan Putera Mahkota sekarang,” katanya.

Rakyat Palestin kebiasaannya menunggu giliran selama bertahun-tahun selepas mendaftarkan nama mereka dengan pihak berkuasa Palestin bagi menunaikan haji.

Menurut menteri, sejak program itu dimulakan 26 tahun lepas, lebih 60,000 anggota jemaah telah diraikan di bawah program itu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg