Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pegawai maritim: Objek lebih besar daripada bola keranjang

Mar 20, 2014 | 01:08 PM



DUA objek yang dikatakan ditemui oleh satelit dikatakan "terapung-apung" di permukaan laut, kira-kira 2,500km dari barat daya Perth.


Lokasi itu adalah di bahagian selatan koridor pencarian yang diketuai Australia.


Menurut Pengurus Besar, Penguasa Keselamatan Kelautan Australia, Encik John Young, dalam sidang akhbar yang baru sahaja diadakan, salah satu objek itu bersaiz besar, lebih besar dari sebuah bola kerajang.


"Gambaran yang terbesar saya lihat dan nilaikan berukuran kira-kira 24 meter... dan terdapat sejumlah lagi imej di kawasan tersebut.


Terdapat kemungkinan objek yang dijumpai tidak ada kaitan dengan pesawat yang hilang.


Dalam pada itu, Perdana Menteri Australia, Encik Tony Abbott, telah memaklumkan akan perkembangan terbaru itu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Encik Abbott bagaimanapun akur bahawa usaha menemui objek-objek tersebut adalah sukar dan ia mungkin bukan serpihan pesawat yang dicari.


"Kita mesti sedar usaha mencari objek-objek ini adalah amat sukar dan ia mungkin tidak ada kaitan dengan gerakan mencari pesawat MH370," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >